Isu yang kurang disedari oleh sebahagian individu adalah sebahagian dari proses pembelajaran yang ada di luar sana hanya membantu kita ataupun anak-anak menjadi cerdik di dalam peperiksaan sahaja. Apabila ibubapa hanya mengutamakan keputusan peperiksaan bagi mengukur sejauh mana anak mereka cerdik, ianya mengundang pelbagai masalah di masa depan.
Anak-anak yang hanya score A ataupun yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah ataupun universiti belum pernah terbukti secara majoriti menjadi orang yang cerdik di luar dewan peperiksaan. Iaitu sebahagian besar dari mereka sebenarnya tidak menyerlah di dalam kehidupan realiti di dalam masyarakat.
Malaysia sudah merdeka melebihi 50 tahun, sehingga ke hari ini, belum ada pelajar yang mendapat semuanya A menjadi orang yang tersohor di dalam masyarakat. Di Amerika juga telah membuktikan seorang yang tidak lulus ujian IQ bagi memasuki universiti perubatan di Amerika terpaksa pergi belajar di Itali dan akhirnya beliau menjadi doktor pertama di dunia yang berjaya mencipta jantung mekanikal.
Majoriti orang yang ‘bijak di dalam dewan peperiksaan’ tidak menjadi orang yang juga bijak di dalam kehidupan harian. Kenapakah ianya berlaku?
Assalamu’alaikum Tuan Shamsuddin,
Sistem pendidikan sekolah convensional tidak menyediakan sukatan mata pelajaran yang mampu mengajar murid-murid menjadi manusia yang lengkap (wholesome person). Syllabus yang ada cuma untuk menjadikan murid pandai menjawab kertas soalan(examination-oriented), sedangkan untuk menjalani kehidupan di luar alam persekolahan, seseorang itu memerlukan pelbagai ilmu bantu dan kemahiran hidup.
Sistem pendidikan pondok tradisional sebenarnya menyediakan ilmu dan kemahiran hidup secara bersepadu. Cumanya kita perlu mengkaji dengan lebih intensif sistem ini dan buatkan satu syllabus yang diadaptasi dari sistem pondok tradisional tersebut dan mempakejkan sistem ini dan berikan istilah yang lebih canggih, moden dan global. Insya Allah akan disukai ramai ibu-bapa dan mendapat akan permintaan yang meletup-letup.
Terima kasih.
-Imran Yusuf-
“Meredah Samudera” [http://meredahsamudera.blogspot.com]
dan “Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami” [http://fulijami.blogspot.com]
Mereka yang pandai dalam dewan peperiksaan ini digelar ‘testwiseness’, yakni, pandai ambil periksa.
Waalaikummusalam Tuan Imran,
Sekolah pondok atau yang dikenali pesantrean di Indonesia banyak menawarkan kemahiran hidup termasuk mencipta peluang berniaga supaya setiap graduannya dapat berdikari selepas tamat belajar.
Semoga kita semua termasuk tetamu blog ini dapat sama-sama memikirkan dan menyediakan alternatif terbaik untuk masa depan peradaban manusia di Malaysia. Insyaa-Allah.