Mohon pandangan dari En Sham. Saya isteri berkerja mempunyai 2 anak (setahun 8 bulan dan 8 bulan)
1) Tujuan saya : Membeli rumah berharga : RM268,650.00 dan setelkan bayaran 2 buah kereta
2) Gaji bersih saya : RM3000, Gaji bersih suami : RM2093
3) Liability saya : Kereta (balance RM34,500-utk 4 thn) Liability suami : rumah, kereta (balance RM20,100-utk 3 tahun), personal loan RM27000
4) Gaji bersih saya – belanja = RM1482 Gaji bersih suami-belanja = RM1543
5) Plan saya :
1) Guna duit EPF + Loanย RM200,000 + Personal loan RM50000 utk bayar rumah
2) Ada balance RM12000 from (1) + ASB saya akan gunakan utk full settlement kereta suami
3) Saya akan settlekan kereta saya dan membuat pembayaran utk 18 bulan. So sebulan kena tolak RM1800
6) Utk tempoh 18 bulan ini, Duit dalam tangan saya setiap bulan hanya RM250, dan suami RM793 shj.
Adakah plan ini bagus atau tuan ada cadangan lain? Goal saya utk selesaikan kedua2 pembayaran kereta sebelum loan rumah ditolak dari gaji.ย Syarikat akan start buat pemotongan gaji setelah pemaju membuat 95% claim. Sekarang rumah under construction. Mohon pendapat tuan. TQ
Di ambil dari komen From Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3, 2009/01/02 at 11:53 AM
AM (Bukan Nama Sebenar)
—————————
Salam Cik Puan AM,
Pertama-tamanya saya mengucapkan tahniah, kerana cik puan dan suami berdisiplin dalam memastikan belanja tidak lebih dari 30% gaji bersih (gaji kasar – EPF dan Socso). Tahniah, tahniah, tahniah.
Pelan yang Cik Puan pilih mestilah terus mengekalkan maksimun simpanan (perlaburan dan kecemasan) adalah 30% dari duit gaji bersih.
Saya kurang jelas tentang pembayaran untuk 18 bulan itu untuk apa. Walau bagaimanapun saya akan memberi pandangan kasar berkenaan pertanyaan di atas.
Saya tidak bersetuju Cik Puan membuat pilihan mengambil pinjaman peribadi iaitu sebanyak RM50,000 kadar keuntungan yang diambil oleh bank tinggi kerana tiada cagaran. Saya percaya Cik Puan boleh keluarkan dalam jumlah yang lebih banyak dari EPF.
Saya mencadangkan agar personal loan suami berjumlah RM27,000 diselesaikan terlebih dahulu.ย Selepas itu Puan boleh menyelesaikan pinjaman kereta suami terlebih dahulu kerana jumlahnya lebih rendah.
Bagi duit yang Puan ada selepas mengikut pelan puan sebanyak RM1,000 masih di dalam peringkat yang selamat, jika Puan dan suami tidak ada masalah disiplin diri iaitu hutang kad kredit.
Secara umumnya saya bersetuju dengan pelan Puan tetapi tidak bagi mengambil pinjaman peribadi yang berjumlah RM50,000 itu.
Saya mengalu-alukan Tuan dan Puan yang membaca entri ini bagi memberikan cadangan, pandangan kepada Cik Puan AM (Bukan nama sebenar).
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Puan dan Suami kerana berfikir, merancang sebelum melakukan.
Saya cukup teruja dengan semangat Disiplinย urus duit gaji yang ada pada keluarga ini.
Salam untuk semua,
Saya amat tertarik dengan kisah Pn. Am. Ini pasti merupakan langkah besar bg puan kerana melibatkan penstrukturan semula kewangan keluarga.
Namun saya berpendapat yang pelan ini melibatkan jumlah pinjaman yang terlalu besar dan pada masa yang sama menggunakan pula simpanan sedia ada.
Mungkin saya seorang yang tidak adventurous dlm soal kewangan kerana sentiasa ingin berada di zon selamat. Namun bagi tempoh 18 bulan dengan duit sebanyak Rm1000 sebulan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kecuali puan mempuanyai back-up sumber kewangan lain jika ada perkara diluar jangkaan berlaku sepanjang tempoh itu.
Lebih baik jika puan membuat kiraan semula dengan mengambil kira pandangan dari sudara sk. Perbandingan antara pelan sedia ada dan pelan baru mungkin boleh membantu puan membuat keputusan yang lebih baik dan tepat. TQ
Salam. TKasih kepada En SK dan En Zass atas komen dan nasihat kewangan yang diberikan.
1) Saya membuat pelan 18 bulan tsbt bertujuan kerana saya membuat loan syarikat dan syarikat hanya akan membuat pemotongan selepas 18 bulan dari tarikh pinjaman.
2) Saya berkira2 sekiranya kedua2 kereta tidak diselesaikan dengan lebih awal, saya tak dapat menanggung pemotongan gaji yang berjumlah (RM1200-rumah + RM568-kereta) sebulan bagi tempoh pinjaman rumah 25 thn, dan baki pinjaman kereta lagi 4 tahun.
3) Disebabkan itu saya bercadang utk bersusah2 pada 18 bulan pertama ini shj dan insyaAllah akan kembali selesa pada bulkan ke-19 selepas pemotongan loan rumah dibuat.
4) Dengan wang di tangan yang berjumlah RM1000, saya dan suami sudah membuat bajet bulanan dan nampaknya macam cukup. Tapi wang simpanan di bank masih ada lagi utk digunakan di masa kecemasan. InsyaAllah kerana kami tidak menggunakan sebarang kad kredit.
5) Walaupun begitu, kami akan cuba utk bulan Januari ini dahulu sbg pilot test. Kalau boleh survive, kami akan teruskan, tetapi sekiranya tidak boleh, kami akan cuba olah kewangan semula mengikut pandangan dari En Zass dan En SK.
6) Saya telah membeli keempat2 buku En SK dan akan cuba mengaplikasi kan bab 7 : Bagaimana Bebas dengan Hutang (HIDUP TENANG TANPA HUTANG).
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan komen dan saya amat2 menghargainya. Terimakasih sekali lagi.
Assalamualaikum
Saya rasa saya faham dengan keadaan Puan AM. Tetapi ada tak puan buat bajet untuk tahunan.
Saya baru membuat bajet untuk tahun 2009, alangkah terkejutnya saya bahawa perbelanjaan saya memang tidak dapat dikurangkan dan terpaksa mengambil sebahagian simpanan untuk menanggung perbelanjaan yang bukan dalam perbelanjaan bulanan, contohnya insuran kereta, perabot, service kereta. Yang mana perbelanjaan ini wajib dilakukan.
Saya rasa puan terlalu extream dengan plan yang dibuat, memang benar kata SK rate untuk personal loan adalah tinggi, saya adalah bekas pekerja bank di public bank. Saya rasa puan boleh kurangkan loan peribadi dengan kereta disebabkannya adalah yang paling rendah sekali dan ianya adalah liabiliti (tanggungan) kepada kewangan kita.
Tetapi jika puan dengan suami mempunyai disiplin yang AMAT tinggi saya yakin plan yang puan buat itu akan berjaya.
regards
rashid
Salam kepaa Zass dan saudara Rashid,
Pandangan saudara berdua itu tersangat bagus, kerana bagi setiap hujah saudara berdua, ada sebab dinyatakan. Saya menyukainya.
Assalamualaikum,
Terima kasih En Rashid atas pendapat tersebut. Saya pon terlupa nak buat bajet tahunan bagi tahun ini. InsyaAllah saya akan membuat semakan semula kepada bajet saya. Terima kasih sekali lagi di atas pandangan tuan tersebut. Saya amat2 menghargainya.
Pn. Am,
Sebagai orang luar permasalahan ini, saya hanya mampu memberi buah fikiran mengikut gerak rasa dan mungkin juga banyak dipengaruhi oleh kehidupan semasa saya. Namun saya percaya walau apa jua keputusan yang puan buat, pasti telah mengambil kira keadaan dan cuaca ekonomi mendatang. Semoga puan dapat membuat keputusan yang terbaik demi kesejahteraan keluarga. Mungkin juga puan perlu untuk mencuba plan yang telah dibuat untuk beberapa bulan mendatang dan bukannya hanya setakat bulan Jan. Mungkin boleh diadakan juga pelan kecemasan andai kata jika berlaku apa-apa diluar jangkaan. Tetapkan tekad dan keyakinan, semoga puan sekeluarga berjaya.
En Zass dan semua,
Terima kasih sekali lagi atas nasihat dan pandangan tuan. Saya amat2 terharu dan amat2 berterima kasih atas keperihatinan tuan-tuan semua. InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin mengaplikasikan semua pendapat dan pandangan dari tuan-tuan semua. Terima kasih…