Skip to main content

Sewaktu menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Seksyen 2, Shah Alam pada 23 Jan 2008, saya menyentuh sedikit isu ‘Rasuah Bulanan’. Itu isu terkini di dalam masyarakat yang perlu difikirkan. Bagi saya ianya penting untuk diambil tindakan yang sewajarnya.  Secara kebetulan seorang yang berpengaruh di dalam dunia automobil tempatan yang berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ada bersama ketika kuliah Maghrib itu disampaikan. Semoga ianya diberikan perhatian oleh CEO itu walaupun yang isu yang timbul itu adalah daripada perusahaan automobil lain.

Saya merasa bersyukur kerana orang yang mendapat anugerah jawatan yang amat tinggi itu, merendahkan diri dan turut bersama dengan jemaah mengimarahkan rumah Allah. Umpama Padi – Semakin Tinggi Semakin Tunduk

Ketika menyampai Kuliah Subuh tetap pada hari Ahad lalu di Masjid TTDI Jaya, seorang daripada jemaahnya juga adalah orang yang kedua terpenting dalam sebuah lagi syarikat automobil tempatan.

Walaupun ianya secara kebetulan, semoga peringatan yang disampaikan dapat diberi perhatian oleh orang-orang yang  memiliki kuasa seperti mereka . Marilah kita sama mendoakan agar orang yang berjawatan tinggi ini akan menangani isu ini sehingga ke akar umbi jika ada di dalam perusahaan mereka.

Alhamdulilah, daripada response mereka amat menyokong Tazkirah Kewangan Islam dan mengharapkan terdapat sambungannya selepas ini. Insyaa-Allah jika mendapat jemputan lagi daripada pihak AJK Surau Seksyen 2.

Leave a Reply