Sudah tiba masanya, setiap Masjid dan Surau memainkan peranan yang amat kritikal pada ketika ini, iaitu menyokong ekonomi umat Islam.
Bagaimana sebuah masjid ataupun surau boleh membantu? Ini bukan soalan yang biasa ditanya. Soalan yang banyak didengar adalah ‘Bagaimana awak dapat membantu masjid?
Dalam menjadikan institusi masjid itu penting ianya perlu memainkan peranan dalam membantu ahli kariahnya.
Satu daripada cara tersebut adalah dengan menyokong kedai-kedai yang menyokong institusi masjid. Sebagai contohnya, Pihak Masjid akan mempamerkan senarai kedai pilihan masjid tersebut di papan notis untuk tatapan ahli jemaah. Salah satu kriteria bagi mendapatkan penarafan tersebut adalah, pemilik kedai itu mestilah individu yang menyokong masjid sama ada melalui sumbangan duit ataupun adalah ahli jemaah selalu hadir ke Masjid.
Setiap kedai pilihan itu juga akan menerima sticker “Kedai Pilihan Masjid As-Syakirin’ contohnya. Sticker ini perlu ditampal sama ada pada pintu kaca utama ataupun dinding kedai tersebut yang dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai. Setiap ahli kariah perlu memberi sokongan kepada institusi masjid dengan mengutamakan kedai yang mendapat penarafan ini.
Bagi kedai makan, pihak masjid juga akan melihat kepada kriteria lain seperti bahan mentah yang digunakan adalah halal ‘Jakim’. Tempat penyediaan juga mestilah bersih.
Kepada pihak yang berminat untuk mengimplemtasi konsep ini di Masjid atau Surau di kawasan anda, sila email ke info@shamsuddinkadir.com dengan tajuk “Kedai Pilihan Masjid“. Insyaa-Allah saya akan membantu dalam menyediakan dokumen lengkap termasuk semua kriteria yang diperlukan bagi memastikan ianya dapat dijayakan.