Skip to main content

Hari Sabtu adalah satu daripada hari berehat yang kita gunakan bagi memberi manfaat sepenuhnya kepada kita. Individu yang suka melepak, suka melihat jarum saat bergerak tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat, tergolong di dalam golongan orang yang ada apa yang kita tiada. Mereka ada ‘MASA’ untuk dibuang. 

Apabila kita tiada masa untuk dibuang, banyak masa yang kita ada terutama pada hujung minggu, apakah perkara yang boleh kita lakukan sewaktu dihujung minggu. Satu daripada yang kita boleh lakukan adalah dengan melakukan perbelanjaan yang boleh mengkayakan kita, iaitu dengan melaburkan sebahagian dari duit kita bagi membeli ‘BUKU KAYA’. Apa yang dimaksudkan dengan buku kaya, adalah buku-buku ataupun bahan bacaan yang menjadikan kita semakin ‘kaya dengan ilmu’ yang membantu kita:

  • Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu bayar dengan tunai
  • Hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk ‘riak’
  • Hidup dalam keadaan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa
  • Menambah harta dunia yang penuh berkat, kerana itu adalah tujuan utama kenapa kita berakal
  • Bebas dari dipatuk ‘ular’ dari lubang yang sama
  • Melakar sejarah dan bukannya mengikuti sejarah.
  • Pandai berfikir secara kreatif

Gunakan masa kita di hujung minggu ini, bagi membawa sekeluarga melancong, mengembara ke alam yang melangkaui sempadan masa, dunia dan kelemahan dan had kemampuan fizikal kita. Mengembara melalui sebuah buku.

Mulakan dengan melaburkan sebuah buku sebulan bagi setiap ahli keluarga kita. Elakkan dari membeli buku-buku ataupun majalah yang boleh dikategorikan ‘sampah’. Kerana lebih baik tidak membaca dari membaca sampah yang akan mencacatkan akal yang normal.

4 Comments

  • pakdeen says:

    Salam.saya sokong saudara beli buku sebuah sebulan setiap bulan.Tambahan pendapat saya lebih baik beli buku daripada bayar sresen tv berbayar.Perhatian saya bil tv berbayar boleh bayar nak beli buku berkira.(Orang kita tak suka baca).

  • Admin says:

    Salam saudara pakdeen,

    Apabila kita belum berjaya mengenali ‘diri’ kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Membaca buku satu dari cara kita mengenali ‘diri’.

  • izbatris says:

    salam, ya saya sokong dengan cadangan tersebut kerana dgn membaca buku2 yang berfaedah tersebut minda kita akan menjadi lebih positif. Tapi susahnya untuk kita nak mentarbiahkan diri sendiri dan ahli keluarga sendiri juga.. walaupun tidak mampu membeli masih ada lagi alternatif lain dgn melawat perpustakaan awam. Banyak faedahnya, pinjamlah, bacalah..

  • adi123 says:

    saya 100% idea dari tuan …

Leave a Reply