Skip to main content

Bismillah. Astaghfirullah Hal Adzim. Nabi Muhammad SAW.

Ramai  rakyat yang masih tidak dapat membezakan antara institusi kewangan dan syarikat. Ini menyebabkan mereka tidak tahu di mana mereka boleh melabur dan di mana mereka boleh membeli.

Melabur dan Membeli ini berada di bawah akta yang berbeza. Kita hanya dibenarkan untuk melabur di tempat yang dibenarkan oleh Bank Negara.

Antara perkara di bawah :
1. Mengambil deposit
2. Membuat Pelaburan
3. Menjanjikan Pulangan / Dividen
4. Mengambil modal

Keempat-empat aktiviti di atas itu hanya boleh dilakukan 6 institusi / organisasi yang sudah digariskan di bawah akta Bank Negara IFSA 2013 / Bafia Act. Salah satu dari 6 institusi itu adalah kumpulan Bank, Tabung Haji, KWSP.

Perkataan pelaburan tidak sewenang-wenangnya boleh digunakan. AWAS.

Membaca buku Menyimpang Seringgit Rugi Sejua, Buku Cash Flow Untuk Lelaki, dan Buku Beli Emas tulisan Shamsuddin Kadir, boleh beli di kedai buku ataupun jika mahu dengan harga diskaun bit.ly/BELIBUKUSK ataupun wasapkan ke 0105001500. Buku yang dihantar disertakan dengan Autograf dari penulis.

Membeli pula, sebenarnya dari syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, yang secara undang-undang boleh menjalankan aktiviti perniagaan. Contoh di kedai runcit ataupun di kedai emas, syarikat emas itu dan ini.

Apabila Emas, jika melalui bank, ianya adalah pelaburan dan perlu disemak yang mana patuh syariah dan yang mana bukan. Di mana Jika di bank emas itu boleh ditinggalkan di situ atas alasan ianya mempunyai lesen untuk mengurus pelaburan kliennya.

Apabila Emas, jika melalui syarikat, ianya adalah pembelian dan perlu disemak yang mana patuh syariah dan yang mana bukan. Jika di Syarikat, emas itu perlu diambil dalam bentuk Fizikal dan tidak boleh ditinggalkan disitu, atas alasa ianya TIDAK mempunyai lesen untuk menguruskan pelaburan kliennya.

Tidak dinafikan, ada banyak kelebihan membeli emas dengan syarikat tertentu, cuma perlu dipastikan EMAS fizikal itu dengan kita dan bukannya dengan syarikat itu. Ini yang banyak berlakunya skim cepat kaya, apabila ramai rakyat yang tidak dapat membezakan antara pembelian dan pelaburan.

Jika mahu membeli emas melalui syarikat tertentu, dan mahu ikut panduan Shamsuddin Kadir boleh wasap ke 0105001500 tuliskan Panduan Beli Emas.

Sertai channel telegram t.me/notaduitshamsuddinkadir

“Jangan disumpah bilik yang gelap, pasanglah pelita”

Shamsuddin Kadir

28 Mei 2020

Kuala Lumpur

 

Leave a Reply