Sekali ombak datang, sekali pasir berubah, begitu juga dengan kehidupan harian kita yang mendapat kesan dari ekonomi yang gawat. Adakah kita masih boleh hidup tenang walaupun dalam keadaan ekonomi dunia gawat? Setiap individu melontarkan pertanyaan ini apabila membaca tajuk entri pada kali ini.
Sebenarnya, kita masih boleh hidup tenang, jika kita berbelanja mengikut keperluan ‘manusia’ dan bukannya keperluan gaya hidup yang ingin menunjuk-nunjuk. Sebagai manusia berapa pinggan makanan yang dapat kita makan bagi setiap sarapan pagi ataupun makan malam? Paling maksimun 2-3 kali sahaja. Nafsu makan tidak terhad sehingga 3 pinggan sahaja.
Lihat kepada kereta kita,
- Adakah kereta yang kita miliki itu adalah kereta yang dibeli dengan mengambil pinjaman tidak lebih daripada 4 tahun sahaja?
Lihat kepada rumah kita,
- Adakah rumah yang dimiliki itu dibeli dengan mengambil pinjaman tidak lebih daripada 20 tahun sahaja?
Lihat kepada hiasan di dalam rumah kita,
- Adakah setiap hiasan yang kita beli itu amat perlu di dalam mencapai kehidupan yang bahagia?
Lihat kepada perabut, peralatan elektrik yang kita miliki,
- Adakah setiap pembelian itu dibuat bagi memenuhi keperluan ataupun ianya dibeli kerana bagi menunjukkan status kita kepada tetamu?
Lihat kepada aksesori yang ada pada kita (hp, handbag, cermin mata, jam, kasut, cincin, gelang, rantai…)
- Adakah ianya adalah model, nilai minimun yang perlu kita bayar bagi menikmati hidup dalam masyarakat?
Contohnya : Jam yang berharga ratusan ringgit sudah cukup untuk membantu kita memaklumkan tentang masa 24 jam sehari tanpa terlewat sesaat. Adakah dengan membeli jam yang berharga ribuan ringgit membantu kita mendapat 1 jam ekstra setiap hari, supaya kita ada 25 jam sehari?
Kesimpulan, setiap keperluan itu ada titik iaitu had, di mana apabila perbelanjaan ditingkatkan ataupun ditambah ianya tidak mampu memberikan kebaikan kepada kita, yang mampu diberikan hanyalah membesarkan keegoaan kita. Begitu juga dengan rumah, kereta.
Adakah rumah yang ada 20 bilik lebih baik daripada rumah yang ada 4 bilik, walaupun hanya kita seorang yang akan tinggal di dalam rumah tersebut?
Begitu juga dengan handphone ada orang yang membeli handphone yang ‘canggih’ tetapi tidak sebenarnya mengunakan fasilitinya yang ekstra itu, seperti kemudahan emel dan faks.
Begitu juga dengan individu yang suka mengupgradekan komputer mereka dengan membeli yang baru apabila ada model yang lebih canggih. Upgrade itu perlu jika ianya mengugat ataupun membantut dalam usaha meningkatkan kualiti hidup kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup? Saya telah membicarakannya dalam motivasi pagi di TV3 secara terperinci.
Lihat kereta kita, adalak kita membeli kereta itu kerana ianya selamat, ianya memenuhi keperluan kita ataupun sebenarnya ianya memenuhi keegoan kita?
Tiada satupun tindakan yang dibuat bagi memenuhi keegoaan kan menjadikan hidup kita tenang sewaktu gawat melanda.
Jangan hidup di dalam keegoaan jika takut dilanda gawat. Jangan membina rumah di tepi pantai jika takut di landa ombak.
Mantra ‘lebih besar, lebih baik’ itulah falasi yang membawa kepada kegawatan di US sekarang.