Semakin ramai individu memohon bagi mendapatkan kemudahan kad kredit. Kad itu diperlukan bagi pelbagai tujuan, antaranya untuk tidak membawa banyak duit di dalam dompet dan juga dapat menjadi penyelamat ketika kecemasan.
Kebanyakan pengunaan kad kredit oleh sebahagian pemilik kadย itu bukannya untuk tujuan di atas tetapi bagiย memuaskan nafsu sendiri.ย Ada yang tidak menyedarinya, mereka beranggapan mereka terpaksa guna kad kredit bagi menangungย kos sara hidup yang semakin tinggi. Bagi mereka ini semua berpunca daripada kenaikan harga barangan.
Kad kredit umpama Api, semasa kecil ianya menjadi kawan, apabila hutang itu menjadi besar ianya menjadi lawan. Di mana ianya memusnahkan kehidupan kita. Ada yang masih menangung hutang kad kredit walaupun sudah bersara.
Kad kredit memberikan kita mimpi di siang hari, bahawa kita ada duit lebih banyak daripada duit yang kita sebenarnya ada. Ini adalah amat bahaya. Kad kredit mengubah cara otak kita berfikir dan bertindak.
Kad kredit dapat mengelakkan kita daripada membawa duit yang banyak pada setiap masa. Ianya juga dapat digunakan ketika kecemasan, seperti kereta rosak ketika perjalanan ke outstation. Segala belanja yang dibuat melalui kad kredit perlu dibayar sebelum ataupun pada tarikh yang ditetapkan.
Tetapi, jika setiap bulan kita hanya bayar, bayaran minimun, ataupun tidak mampu menjelaskan semua jumlah baki hutang, lebih baik kita potong dua kad kredit itu. Sebelum ianya menjadi musuh sepanjang hidup kita, merompak sebahagian daripada duit gaji kita setiap bulan.
Jika kita tidak mampu mendisiplinkan diri kita, iaitu mengawal ‘nafsu’ cari alternatif seperti kad debit yangย menjadikan kita seorang yang berdisiplin.
Kepada individu yang belum memiliki kad kredit, jadikan kad debit sebagai alternatif bagi menjalani hidup yang semakin mencabar.
Kepada individu yang sudah memiliki kad kredit dan ada baki hutang kad kredit yang belum dan tidak mampu dijelaskan kesemuanya. Mulakan langkah membebaskan diri dengan memotong kad kredit itu kepada dua bahagian. Ikuti teknik membebas diri daripada hutang itu melalui panduan dalam buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.
Hutang kad kredit itu umpama sebuah ketumbuhan ‘tumor’ di dalam otak manusia,ย apabila ianya menjadi semakin besar, otakย sudah tidak mampu menangung bebanan kesakitan yang teramat sangat.ย Hidup menjadi gelap. Proses untuk memulihkannya masih ada, tetapi banyak dugaan dan halangan yang perlu dilalui untuk kembali normal.
Kenali Perangkap Kewangan sebelum terjebak dengan menjadikan diri dan ahli keluarga ‘Celik Kewangan’.
Shamsuddin Kadirย
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008ย
Sdr Shamsuddin,
assalamu’alaikum.
Mungkin tuan dapat huraikan, apa perlunya sesorang itu ‘memegang’ beberapa kad kredit (platinum, ‘percuma’ – tanpa dikenakan yuran tahunan) YANG TIDAK LANGSUNG DIGUNAKAN?
Terima kasih.
Saudara Sabtu,
Waalaikummusalam.
Terima kasih di atas cadangan Saudara itu, Insyaa-Allah saya akan huraikan berkenaan cadangan saudara itu dalam masa terdekat ini.
Terima kasih
Tuan Shamsuddin,
Seperti Tuan Sab2, saya memegang 2 kad kredit (1 platinum, 1 gold – dari MBB) yang sentiasa saya tinggalkan di rumah.
Saya lakukan ini selepas saya membaca nasihat itu dalam buku panduan mengurus kewangan peribadi, supaya saya tidak tergoda membeli benda-benda yang tidak saya perlukan.
Dulu, saya hanya gunakan kad-kad itu apabila membayar bil-bil rawatan di wad hospital swasta buat diri saya, dan buat kedua (arwah) orang tua saya.
Selain itu saya tidak gunakan lagi kad-kad itu, tetapi masih saya pegang.
Adakah betul apa yang saya buat ini?
Assalamualaikum
Pada pendapat saya adalah lebih baik menyimpan hanya SATU kad kredit tanpa yuran tahunan untuk digunakan pada masa kecemasan.
Kad kad tersebut hendaklah disimpan dirumah dan tidak dibawa bersama semasa keluar untuk menggelakkan godaan godaan pemasaran.
Saya bukanlah seorang penulis buku kewangan tetapi saya adalah seorang akauntan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Sabtu dan Puan Sifu,
Kaedah menyimpan kad kredit di rumah adalah yang terbaik, selagi mana kita hanya mengunakannya ketika kecemasan sahaja.
Maksud kecemasan adalah subjektif. Bagi Puan kecemasan apabila berurusan dengan kos hospital.
Bagi kebanyakan individu maksud kecemasan, adalah segala kos yang perlu ditanggung ketika duit tiada ataupun tidak mencukupi. Contohnya, tukar tayar kereta, memperbahurui perlindungan (insurans / Takaful), belanja dapur, petrol dan lain-lain.
Cuma persoalannya, adakah perlu Puan untuk memiliki dua kad kredit? Secara asasnya satu kad kredit sudah mencukupi. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada matlamat dan justifikasi Puan tentang keperluan memegang dua kad itu.
Sebaiknya dapat kad kredit yang tidak mengenakan sebarang caj tahunan.
Waalaikummusalam,
Tuan Azemi adalah sahabat karib saya sejak di universiti lagi. Pandangannya membuka lebih banyak persoalan dan juga penyelesaian.
Saya juga bersetuju, bahawa kad kredit perlu di simpan di rumah bagi mengelakkan dari tergoda dengan kepandaian para jurujual memikat pelanggan.
Ada kewajaran untuk memiliki satu kad kredit bagi digunakan ketika kecemasan yang terutama ketika musibah seperti kemalangan dan mendapat rawatan di hospital terdekat.
Bayaran itu perlu dijelaskan sebelum ataupun pada tarikh terakhir sebelum dikenakan caj. Jika kita tidak mampu membayar, ini akan menyebabkan jumlah hutang yang tidak mampu dibayar meningkat. Jika kita tiada simpanan duit tunai di bank, elakkan memiliki kad walaupun satu.
Terima kasih kepada Tuan Azmi dan Tuan Sham atas pandangan dan nasihat.
Saya akan fikir, kad mana yang patut saya tamatkan.