Saya terkejut apabila mendapat berita daripada isteri tercinta, ayah mertua jauh di Pasir Mas, bahawa buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dibicarakan di RTM 1 pada pagi ini (Selasa).
Mengikut maklumat yang saya terima lagi, buku itu dikupas oleh Tuan Sayed Munawar dan seorang lagi pengacara program pagi itu. Ianya membicarakan tentang hutang. Tetapi sayang saya tidak dapat mengikutinya kerada ketika itu berada di dalam kereta.
Apa yang saya begitu teruja dan bersyukur, pengacara memberitahu bahawa “Buku ini wajib dibeli bagi setiap orang yang ada hutang” Gambar cover buku itu ada dipamerkan di bahagian bawah di sebelah kanan.
Saya akan menghubungi Tuan Sayed bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang informasi ini.
Secara peribadi saya kagum dengan usaha Tuan Sayed yang suka mendidik orang ramai supaya menjadi celik kewangan atau financial literacy. Ini dapat dilihat dengan program bicara bijak di Radio24 dan juga isu kewangan yang dibawa ketika mengendalikan rancangan di RTM1.
- Buku ini telah mendapat liputan di Radio Ikim, Radio24 – Bersama dengan Tuan Sayed Munawar dan kini RTM 1 – juga dengan Tuan Sayed Munawar. Liputan suratkhabar Kosmos, majalah Dewan Ekonomi dan Majalah Millenia, dan di beberapa halaman blog. Terima kasih kepada penerbit, pengacara, juruhebah dan juga editor, dan blogger yang berkaitan.
Apa khabar Saudara Shamsuddin, saudara mungkin tidak mengenali saya tetapi saya tak akan lupa saat saya dapat berbicara dengan saudara di pesta buku tempoh hari.
Baguslah saudara sekarang sudah ada blog, senanglah saya nak berhubung, bertanya pendapat dan belajar tentang kewangan dari saudara. Saya sudah beli kedua-dua buku saudara, dan saya sangat berpuas hati kerana isi kandungannya sangat bermanfaat kepada orang-orang seperti saya.
Alhamdulilah sihat Tuan Faizul.
Insyaa-Allah saya masih mengingati Tuan. Terima kasih kerana terus menyokong saya.
Saya bersyukur mendengar khabar buku-buku saya itu dapat memberi manfaat.
Ya Allah kurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kami semua termasuk saudaraku Tuan Faizul, Amin.
Jika ada peluang dan ruang sampaikan ilmu yang bermanfaat itu kepada sahabat dan saudara juga, supaya lebih ramai mendapat kebaikannya.