Skip to main content

Bismillah. Jika Dahulu Doktor Segera, Kini Konsultan Segera

Sungguh menyedihkan rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan pelbagai penipuan. Bermula dengan tahun 1990 dan ke atas terutamanya lahirnya banyak doktor-doktor segera. Di mana apabila seseorang menyertai syariat MLM tertentu, terus esoknya menjadi doktor segera, memberi tahu ubat ini dan itu dapat menyembuhkan penyakit-penyakit pelanggannya.

Teringat saya kepada kenalan saya, yang terpecaya dengan doktor segera, apabila menghidap kanser, beliau berhenti mendapat rawatan di hospital, guna produk itu, selepas itu tidak merasa sakit, dan terus beliau juga bertukar menjadi doktor segera menjual ubat yang dimakannya beberapa ketika selepas itu beliau mati, kerana Kansernya sudah tahap 4.

Itu kisah orang menjadi doktor segera tanpa perlu masuk Universiti dan belajar bidang kedoktoran.

Kini, isu Konsultan segera yang timbul bagai cendawan, baru sehari ataupun sebulan dua menyertai syarikat Takaful, Unit Trust, Wasiat, terus menjadi Perunding Kewangan yang sibuk menjatuhkan produk orang lain.

Apabila ditanya sudah melabur untuk diri sendiri? Opsss

Ada yang jawapannya, ya baru melabur bulan lepas, selepas jadi agen.

Sebelum jadi agen ada melabur ? Tiada.

Kerana Komisen Konsultan Segera bercakap seolah beliau sudah melabur 20 tahun yang lalu.

Senang untuk kenal agen seperti ini, apabila sibuk memberitahu produknya lebih bagus dari produk syarikat lain, itu antara kaedah paling mudah untuk kita kenal Konsultan Segera.

Bagi konsultan baru yang menyertai syarikat Takaful ataupun Unit Trust, pelajari tentang produk kita, jangan sibuk dan menuding jari, tentang kelemahan produk syarikat lain.

Leave a Reply