Skip to main content

Salam Tuan Shamsuddin kadir

Tahun lepas, saya pernah dinasihati oleh sahabat di pejabat agar jangan menggunakan lagi kad kredit, bahaya katanya. Nasihat beliau itu saya tidak endahkan langsungย bahkan saya mengutuk beliau dengan perkataan yang kurang manis… po.. dah..ย 

Tapi hari ini mata saya terbeliak melihat borangย PH (Peristiharan Harta)ย beliau yang perlu dikemukakan kepada Jabatan di mana saya dapati wang simpanan beliau melebihi RM……..banyaknya.

Tahniah Tuan Sham, buku-buku tuan dan panduan-panduan yang tuan berikan telah berjaya menjadikan sahabat saya semakin kaya secara senyap.

Jika borang tersebut tidak tercicir pasti sampai hari ini saya tidak percaya apa yang beliau nasihatkan dulu.

Hari ini saya sudah berjumpa dengan beliau dan betul-betul tabik dengan keazaman beliau. Beliau berterima kasih kepada penulis buku Hidup Tenang walaupun Berhutang dan beliau masih menasihati saya jangan guna lagi kad kredit.

Tuntutlah ilmu kewangan agar kitaย dapat mencapai apa yang kita impikan.

Ishak.

—————————-

 

7 Comments

  • idi mail says:

    Salam Encik Sham.

    Jika kita tidak praktikkan apa yang kita pelajari melalui buku atau berguru, sememangnya kita termasuk di dalam orang-orang yang rugi tanpa kita sedari.

  • Othman Bin Kasim says:

    Assalamualaikum Tuan,
    Tahniah atas anda kerana dapat memberi panduan kewangan yang akan menjadi ilmu dan diberi pahala oleh Allah S.W.T. Ilmu yang tuan curahkan yangt dapat melepaskan sesorang belenggu hutang dan maslah kewangan pasti amat besar pahalanya.

    Tuan,
    Saya mengikuti komen tuan tentang kad kredit samada rencana dalam web tuan atau buku tuan. Bagi saya kad kredit adalah merupakan satu fasiliti yang dicipta yang amat fantastik. Saya sendiri menggunakan kad kredit lebih 10 tahun. Sejak saya menggunakan kad kredit ia amat memberi kemudahan dan jauh sekali membebankan. Hampir semua perbelanjaan bulanan saya menggunakan kad kredit. Perbelanjaan barang kering (dapur), minyak, bil utiliti, tiket penerbangan, dan saya official travelling sekurang-kurangnya sekali sebulan hampir kesemuanya menggunakan kad kredit.

    Tanpa kad kredit dahulu perbenjaan saya amat susah kerana kadang-kadang saya terlupa akan perkara yang perlu dijelaskan dan amat menyusahkan. Saya memang mempraktikan menyimpan/melabur 20% ke 35% dari pendapat bersih bulanan saya. Kadang-kadang saya terlupa ada bil yang belum dibayar yang di aman terpaksa perlaburan saya redeemed kembali. Dalam dompet saya terpaksa dibuat compartment untuk duit minyak, bil, barang kering dan lain-lain. Selepas menggunakan kad kredit cash flow saya amat lancar dan senang. Saya hanya peruntukkan gaji bulanan saya bayar kad kredit sepenuhnya, peruntukan duit barangan basah (ikan, sayur) dan duit persekolahan anak-anak. Selebihnya saya simpan/labur. Ini amat menyenangkan. Saya berasa ini satu kemudahan dan ingin dikongsi bersama dengan pembaca lain. Kebanyak bil utiliti saya adalah berbentuk ‘automatic billing system charged to credit card’. Saya rasa hidup saya lebih senang tanpa memikirkan untuk membayar bil itu dan bil ini. Badan-badan utiliti ini buat kerja untuk kita untuk mereka claim dari kad kredit. Kita hanya semak bil bulanan sahaja.

    Bagi pengetahuan tuan saya pernah membeli sebuah apartment secara kad kredit. Apartment tersebut dalam pembinaan selama 18 bulan. Saya membayar bayaran progress sebayak 10% – 15% setiap 3 ke 4 bulan. It’s very fantastic developer telah memberi offer yang sangat menarik kerana mereka ‘classed’ saya membeli secara ‘tunai’. Saya tidak perlu membawa cash yang terlalu banyak untuk membayar apartment tersebut. Saya hanya transfer duit saya dari simpanan bank saya untuk membayar kad kredit setiap 3-4 bulan. Alhamdulillah.

    Walaupun begitu menggunakan kad kredit perlu disiplin. Jika kita tidak berdisiplin kita akan merana. Oleh itu, pada saya masalahnya bukan kad kredit, tetapi masalah kita sendiri tidak bersiplin. Kalau kita mempunyai maslah kita mesti cari punca masalah. Kalau kita ingin menyelesaikan masalah tetapi bukan menyelesaikan puncanya kita tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Cuba latih kita supaya bersiplin. Syarat untuk menggunakan kad kredit, iaitu:-

    a) Bayar bil bulan sepenuhnya setip bulan.
    b) Anggap setiap kali menggunakan kad kredit sebagaimana kita menggunakan cash. Kita jangan ingat menggunakan kad kredit seperti kita tidak perlu membayar.
    c) Jangan sekali-kali mengeluarkan wang tunai ATM dengan menggunakan kad kredit kerana kad kredit bukan untuk tujuan itu.
    d) Gunakanlah kad kredit yang diluluskan oleh syariah.

    Bayak lagi yang saya nak tulis..tapi lain kali sajalah.
    Wallah hu a’lam.
    Wasssalam.

    Othman

  • das says:

    Salam Tuan Shamsuddin.

    Bila baca komen Encik Ishak dan A, semangat untuk berbelanja dengan lebih berhemah timbul kembali. Niat selalu ada tetapi selalu kantoi di pertengahan bulan.

    Patutlah seorang staf saya tiap-tiap pagi akan melayari Blog SK untuk mempelajari ilmu kewangan, katanya beliau hanyalah kakitangan bawahan sahaja takkan mungkin gaji melambung tinggi seperti Encik Das walaupun bertugas sehingga bersara. Dengan tips-tips yang dipelajari melalui blog ini katanya mudah-mudahan dia dapat juga berjaya seperti orang lain.

  • Admin says:

    Salam Saudara Idi,

    Banyak perkara yang berguna kita pelajari, tetapi terpulang ke atas setiap individu sama ada untuk mempratikkan ataupun hanya mampu melihat orang lain mempratikkannya.

  • Ain Maisara says:

    Salam Tuan Shamsuddin.

    Tuan perlu banyak-banyak bersyukur dan berbangga kerana buku Tuan dapat menjadikan seseorang menjadi kaya, tidak siapapun menjangkakannya seperti sahabat Encik Ishak. Bukan mudah untuk meyakinkan pembaca untuk mempraktikkan panduan yang Tuan berikan. Buku memang senang untuk dijual tetapi isikandungannya belum tentu orang akan praktikkannya.

    Buku tuan memang Ajaib.

    Teringin juga saya hendak mengetahui dengan lebih lanjut lagi, macamana atau bagaimana sahabat Encik Ishak dapat mengumpul wang dengan begitu banyak sehingga terpegun sahabat-sahabat beliau. Boleh tak Tuan Sham dapatkan no.telefon beliau atau e.mail beliau.

  • Admin says:

    Salam Cik Puan Ain Maisara,

    Sudah terlalu lama Cik Puan tidak meninggalkan jejak.

    Insyaa-Allah saya akan menghubungi Saudara Ishak itu bagi memohon bagi mendapatkan nombor telefon beliau.

  • Ain Maisara says:

    Terima kasih banyak-banyak Tuan Sham.

    Ain.

Leave a Reply