Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w |
Banyak orang sekarang bergantung kepada buku-buku barat sebagai panduan hidup. Seperti buku “7 habits of highly successful people”
Selepas itu mereka mencari dalil dari Islanm bagi menyokongnya dan berkata “Tengok Islsm sudah beritahu tentang ini di dalam Al Quran”
Sampai bila manusia perlu bergantung kepada buku dari barat, bagi mengurus diri, memulakan bisnes dan melakukan pemasaran dan juga sistem kehidupan?
Kelemahan yang ada pada saya, iaitu susah untuk merujuk kepada buku-buku barat secara majoriti, ataupun sewenang-wenangnya, kerana banyak tulisan mereka meletakkan tepi Allah. Dan sampai bila saya perlu berkiblatkan buku barat itu? Sampai Mati ?
Saya lebih suka mengkaji dan berpandukan ayat-ayat Allah dalam berbisnes, mencari motivasi dan juga kewangan, TANPA MENDAHULUKAN BUKU DARI BARAT.
Mahu jadi Minda dan jiwa yang Merdeka.
Lain sekolah, lain Ajarannya. Wallahu A’lam.