Skip to main content

Bismillah. SAW.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan izin dariNya, kami di SK Training Academy Sdn Bhd akan menjayakan kursus Umum ‘Public Program’ Pra Persaraan bagi siri kedua pada November 2014. Siri ini adalah di atas permintaan para peserta yang tidak dapat hadir, pada siri pertama yang kami jayakan pada 5 – 6 Mei 2014 yang lalu.

Tajuk kursus : KURSUS INTENSIF PRA PERSARAAN

Tarikh : 5 – 6 NOVEMBER 2014 (Rabu & Khamis)

Tempat : Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Insyaa Allah kursus intensif ini melengkapkan diri para peserta dengan kemahiran bagaimana untuk menguruskan kehidupan mereka selepas bersara dengan lebih efektif dan produktif. Iaitu di mana, apabila bersara sumber yang semakin berkurang ialah duit. Dan sumber yang bertambah ialah masa.

Kursus ini secara sepenuhnya dengan izin Allah dikendalikan oleh Shamsuddin Kadir.

Kursus ini adalah amat sesuai untuk dihadiri oleh individu yang bakal bersara dalam tempoh sehingga 10 tahun dari sekarang insyaa Allah.

Klik untuk download BROSUR KURSUS INTENSIF PRA PERSARAAN NOV 2014

Antara maklumbalas peserta kursus siri 1 yang lalu di mana beliau merupakan sorang Setiausaha Bahagian di sebuah Kementerian di Malaysia;

“Sekiranya saya menghadiri kursus Pra Persaraan ini 5 tahun lepas, Insyaa Allah emas saya sudah berkilo-kilo.”

Beliau juga ada menyatakan 5 tahun lalu beliau telah menghadiri sebuah kursus Pra Persaraan anjuran kementerian selama 4 hari, tetapi yang banyak dipelajari ialah cara mengisi borang itu dan ini.

Insyaa Allah untuk mendapatkan brosur kursus ini, tuan dan cik puan boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 atau 4141 6300, atau SMS 019 303 1 300. Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diemelkan kepada Cik Puan Suhana di suhana@sk.my.

[admin]

One Comment

Leave a Reply