Assalamualaikum Tuan,
Saya pembaca blog tuan dan juga buku tuan.
Saya ingin mendapat pandangan dari tuan tentang pembelian dan penjualan rumah.
Baru-baru ini saya membeli sebuah rumah lelong ( single storey detached) berharga RM 180 ribu. Kos membaik pulih rumah ini adalah sebanyak RM 60 ribu dan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 240 ribu.Harga pasaran rumah ini di angarkan RM 300 ribu. Sudah tentu pembelian saya ini berbaloi.
Dilema saya sekarang ialah saya bercadang untuk menjual rumah yang saya duduki sekarang Teres 2 Tingkat (di Semenyih) dengan harga RM 170 ribu. Dan menjual rumah kedua saya (di Kajang) dengan harga RM 75 ribu bagi menampung pembelian rumah lelong yang saya beli di atas. Dengan lain perkataan saya ingin kontrakan pembelian dan penjualan rumah tanpa melibatkanย wang simpanan saya.ย
Untuk maklum tuan kadar sewa rumah di Semenyih adalah sangat murah sekitar RM 300 sebulan. Inilah faktor yang membuat saya ingin menjual rumah tersebut bagi menampung pembelian rumah lelong tersebut.Sementara kadar sewa rumah kedua saya di Kajang ialah RM 350 ( ada penyewa).
Pertanyaan saya melalui pengalaman bijak tuan, adakah langkah sayaย menjual kedua-dua rumah saya itu betul.
Dan pertanyaan kedua saya, sekiranya saya tidak menjual kedua-dua rumah tersebut sebaliknya saya menggunakan duit simpanan saya sebanyak RM 180 ribu bagi membeli rumah lelong tersebut secara tunai tanpa membuat pinjaman bank. Adakah langkah ini merugikan atau sebaliknya.
Saya benar2 dalam dilema. Harap mendapat pandangan dari pengalaman tuan.
Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
NORA (Bukan nama sebenar)
———————————
Salam Puan Nora,
Menjualkan rumah pertama di Semenyih dan di Kajang adalah langkah bijak, kerana kadar pulangan dari sewa tidak berbaloi dengan jumlah perlaburan.
Sebaiknya dapatkan pinjaman bagi membiayai rumah lelong itu dan gunakan duit lebihan dari hasil jualan kedua-dua rumah itu bagi membiayai pembelian beberapa rumah yang seterusnya. Gantikan bilangan rumah yang terjual itu dengan membeli rumah-rumah lain.
Rujuk kepada buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’ bagi membantu mengira jumlah pinjaman dan bilangan rumah yang lebih sesuai.
Bilangan rumah yang dimiliki juga dapat membantu kita mengurangkan risiko.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya dengan Puan Nora
1. Adakah dia yakin nilai rumah yang hendak dibeli bernilai RM300 ribu?
2. Dari mana maklumat ini diperolehi, adakah dari orang perseorangan atau badan yang ditauliahkan contoh penilai harta tanah. Kerana dikuathiri ianya adalah romour sahaja
Waalaikummusalam saudara Acid.
Terima kasih kerana sudi membangkitkan isu itu. Isu itu timbul di kepala saya sewaktu ingin menjawab persoalan Puan Nora itu, tetapi saya memilih bagi menjawab persoalan yang di tanya sahaja kerana waktu yang saya adalah terhad.
Saya berharap Puan Nora dapat merungkai persoalan yang diajukan itu.
Terima kasih sekali lagi untuk saudara Acid yang mengambil bahagian bagi membantu para tetamu SK.
Saya mengalukan pandangan dari setiap tetamu bagi membantu mengembangkan lagi informasi berguna supaya kita semua dapat manfaatnya.
Kalau di ikutkan di tempat saya teluk intan harga bagi ( single storey detached) rata2nya RM 180 ribu (rumah baru) – boleh dikira harga semasa lah kan.
Assalamualaikum,
Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Shamsuddin kerana merungkai permasalahan saya.
Untuk menjawab pertanyaan sdr acid tentang bagaimana saya memperolehi maklumat nilai rumah tersebut di sini saya nyatakan caranya.
1.Saya telah survey dan membuat pertanyaan kepada penjual/pemilik rumah di kawasan tersebut yang ingin menjual rumah seperti yang saya perolehi ini, rata2 menjual dengan harga tidak kurang RM300 ribu.
2.Rumah yang saya beli secara lelong ini ialah sebuah rumah banglow (single detached) dengan keluasan tanah 6200 kaki persegi. Di kawasan tersebut sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1200 kaki persegi bernilai sekitar RM 160 ribu. Nilaikan perbezaan keluasan tanah kedua rumah tersebut dan nilainya.
3.Rumah lelong yang saya perolehi ini bersententangan dengan (jarak kurang 500 meter) pasaraya Tesco, restoran KFC dan Pizza Hut yang bakal beroperasi pada tahun 2009.Kawasan membangun (Semenyih)
Saya memperolehi rumah lelong tersebut dengan harga rezab RM180 ribu. Hanya saya seorang menghadiri sesi lelongan rumah tersebut, tiada pembida lain kerana sesi lelongan tak di war2 kan di internet atau di web pelelong mahu pun di tempat awam.
Saya memperolehi rumah lelong tersebut dengan harga rezab RM180 ribu. Hanya saya seorang menghadiri sesi lelongan rumah tersebut, tiada pembida lain kerana sesi lelongan tak di war2 kan di internet atau di web pelelong mahu pun di tempat awam.
Puan,
saya agak tertanya-tanya kenapakah tiada pembida lain yang ,ahukan rumah tersebut?. atau kemungkinan kawasan perumahan tersebut “agak” kurang bagus.
mohon puan hubungi pihak penilaian terlebih dahulu, samada penilaian kerajaan atau awasta sebelum membuat sebarang keputusan .