Skip to main content

Bismillah. Satu dari perkara yang penting di dalam bisnes, adalah menjadi orang yang jujur.

Apabila ingin membuat pemasaran produk ataupun servis, jujur itu perlu dibawa bersama.

Antara yang menyebabkan saya susah untuk terperangkap ataupun menyokong setengah produk ataupun servis, adalah ketiadaan jujur di dalam ‘strategi pemasaran’.

Contohnya : Nombor 1 Di Malaysia! – Itu berdasarkan kajian siapa?

Terlaris, terhebat di Malaysia – Mana buktinya?

Menyembuh penyakit ….. mana bukti saintifiknya ataupun pengesahan dari badan bertauliah. Ini kerana lambakan ubat yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit Diabetes di pasaran, tetapi sehingga kini, belum ‘terbukti’ secara ilmiah ataupun diiktiraf oleh badan hospital ataupun perubatan.

Terbukti berkesan dalam masa 10 hari, 3 hari, 1 jam dan sebagainya.

Kajian menunjukkan antara maklumat yang pelanggan tidak percaya adalah bahan cetakan yang dikeluarkan oleh syarikat.

Kepada pelanggan, bawa Tuhan bersama, Insyaa Allah kita dapat kenal mana produk ataupun servis yang jujur ataupun sebaliknya adalah untuk ‘mempengaruhi kita’ sama ada melalui ‘pukau’ ataupun trik yang mempersonakan.

Lain sekolah kehidupan, lain pula ajarannya, hormati perbezaan asalkan ianya membuatkan kita bertambah baik dan cerdik. Insyaa Allah.

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir