Bismillah. Antara sebab kami tidak membuat kursus ataupun program untuk orang awam (perseorangan) yang bayar guna duit poket sendiri adalah kami tidak mahu letih.
Antara sebab kami akhirnya membuat kursus-kursus terbuka untuk orang perseorangan adalah kerana permintaan yang sudah bertahun-tahun, dan janji-janji kami yang belum tertunai di atas permintaan itu.
Dan kami juga sedih kerana banyak yang sudah menanggung hutang keliling pinggang kerana tabiat yang kurang baik dalam menguruskan wang dan juga memasuki dunia bisnes dengan mazhab yang songsang. Itu yang menyebabkan banyak individu sudah menanggung hutang yang tidak perlu.
Akhirnya kami buat di atas tiket Akhirat Social Responsibility, kerana secara asas sebagai seorang ahli bisnes, saya tidak mahu membuat bisnes yang meletihkan, kerana saya sudah melalui dunia itu sewaktu dibesarkan.
Bengkel dan seminar-seminar yang dirancangkan itu semuanya adalah semata-mata bagi membantu orang lain lebih berjaya. Kerana dunia bisnes kami bukan di sini.
Bengkel dan seminar-seminar ini dibuat di atas permintaan sahabat-sahabat kita di facebook dan di luar facebook ini. Ianya dibuat juga kerana “Apabila kita membantu memenuhi keperluan orang lain, Allah bantu bagi memenuhi keperluan kita pula”
Astaghfirullah.
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir