Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Di dalam Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013, Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan (Siri 2) para peserta akan mempelajari bagaimana untuk memasuki dunia bisnes yang tidak letih.
Apabila memasuki dunia bisnes yang letih, secara puratanya orang yang tidak hidup dalam kesusahan cepat berputus asa dan cepat hilang rasa suka, kerana ianya meletihkan.
Antara bisnes yang tidak sesuai untuk kebanyakan (bukan semua, tetapi majoriti) adalah bisnes membuka kedai runcit ataupun restoran. Kedua-dua bisnes ini memerlukan waktu berniaga itu panjang, dan hujung minggu adalah antara masa untuk membuat duit juga. Bagi yang tidak pernah melaluinya, elakkan pada permulaan menceburi dunia bisnes. Saya pernah dibesar di dalam dunia restoran dan kedai runcit. Ianya memenatkan, walaupun dari sumber restoran itu menghasilkan pendapatan yang banyak kerana peniaga tertentu termasuk arwah ayah kami (Shamsuddin Kadir).
Menjual secara individu dan terpaksa mencari pelanggan individu adalah bisnes yang memenatkan. Ianya juga adalah bisnes Ikan bilis.
Bagi menceburi bidang bisnes, tabiat asas yang perlu ada pada kita adalah :
1. Jujur, Amanah dan bercakap benar
2. ‘On time every time’
3. Berpakaian kemas begitu juga dengan rambut, misai, bulu hidung, janggut.
4. Cara berjalan
5. Pemilihan perkataan sewaktu bercakap
6. Cara berkata sewaktu memberikan kad (jangan tiru barat)
7. Cara bersalam (jangan tiru barat)
8. Mengamalkan Silaturrahim Marketing
9. Bergantung kepada Allah setiap masa
Di atas adalah cara bisnes yang In Syaa Allah membuatkan bisnes kita dirahmati Allah dan In Syaa Allah susah untuk bankrap ataupun lingkup.
Wallahualam.
Bagi menyertai seminar ataupun kursus yang disediakan untuk orang awam adalah klik pada link tajuk kursus dan seminar di atas. Ataupun boleh layari facebook SK Training Academy Sdn Bhd bagi melihat semua kursus dan seminar yang ditawarkan untuk orang awam.
Program-program itu ditawarkan disebabkan dan atas dasar Akhirat Social Responsibility
Wallahu’alam (hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang tahu perkara yang sebenar-benarnya)
Astaghfirullah.
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir