Skip to main content

Bismillah. Dari hadis 40 In Syaa Allah. Mohon betulkan sekiranya saya tersalah.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri.

Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya.

Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.”

——————————

Tulisan kita di dalam facebook juga menggambarkan ketiga-tiga poin di atas. Iaitu :

1. Hendaklah berkata yang baik ataupun berdiam diri.

2. Hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Jiran tetangga kita bukan sahaja jiran sebelah rumah, termasuk jiran kita di dalam facebook (Itu yang saya faham, betulkan sekiranya fahaman saya itu salah)

3. Hendaklah menghormati tetamunya. Tetamu kita bukan sahaja yang datang ke rumah kita termasuk, yang terbaca entri kita, dan juga orang yang menziarahi kita di halaman facebook (sosial) kita. Cuma tetamu yang datang rumah di dalam bentuk fizikal manakala tetamu di facebook di dalam bentuk virtual. (Betulkan saya, sekiranya saya yang salah memahaminya).

Di sini kita dapat melihat sama ada kita sudah memenuhi ciri yang dikehendaki oleh Nabi itu.

Tidak akan sesat anak Adam selagi mereka berpegang kepada Al Quran dan Sunnah.

Astaghfirullah. Wallahualam (hanya Allah yang tahu yang sebenarnya dan hanya Allah yang tahu segala-galanya.)

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave a Reply