Bismillah. Saya kagum dengan orang yang berani tolong ‘punch card’ kawan @ rakan sekerja, terutama yang masuk lambat, ataupun balik awal.
Kerana itu antara pertolongan yang saya paling takut untuk lakukan, kerana dosanya Masya Allah, kawan kita sudah makan rezeki yang haram (harta yang dibeli dan dimiliki dari rezeki yang haram tetap menjadi yang haram) dan kita mendapat dosa bersuhabat.
Saya kagum kerana ada orang berani membantu orang yang ingin mengambil duit gaji yang haram. Itulah antara pekerjaan yang saya bertaraf pengecut.
Pesan ketua sifu agama saya suatu ketika dahulu, jadilah orang yang paling berani di dalam membuat perkara yang halal dan jadilah orang yang paling pengecut @ penakut apabila disuruh membuat perkara yang haram.
Astaghfirullah.
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir