Bismillah. Rumah Terbuka selepas 3 Syawal.
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekelian Alam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Bismillah, belum pernah saya dengar ianya sunnah Nabi. Walau bagaimanapun memberi makan kepada orang ramai adalah sesuatu yang digalakkan di dalam Islam.
Dalam keadaan kita yang tinggal di bandar-bandar besar hanya dapat berjumpa dengan sahabat handai selepas balik kampung. Masa yang boleh berjumpa juga hanya pada hujung minggu, itu yang menyebabkan banyak orang membuat rumah terbuka pada hujung minggu. Itu yang mengambil masa sehingga semua hari hujung minggu pada bulan Syawal. Menjamu orang dengan duit yang terlebih itu bagus, iaitu bahagian hutang yang disebabkan nafsu sudah dijelaskan terlebih dahulu.
Kos membuat rumah terbuka tinggi, apabila seseorang itu mempunyai banyak hutang. Ada juga rumah terbuka yang melibatkan ahli keluarga yang memasak sendiri.
Secara peribadi, saya lebih suka menghadiri jemputan raya, yang dimasak sendiri oleh ahli keluarga tuan rumah. Dan jumlah jemputan sekitar 40 orang, kerana dapat beramah mesra dengan tuan rumah dan tetamu lain yang datang.
Ada juga yang jemputannya ramai, tetapi banyak perkara yang bermanfaat yang kita boleh pelajari.
Saya secara purata tidak membuat rumah terbuka, walau bagaimana pun rumah saya In Syaa Allah terbuka kepada tetamu yang ingin menziarahi, In Syaa Allah sama ada air teh o, teh tarik, kopi, ataupun air sirap akan dihidangkan kepada tetamu, sama ada dengan biskut, goreng pisang, karipap, ataupun kalau ada rezeki ada juga meehon ataupun mee goreng.
Ziarah itu bagi saya bukan kerana raya, sebaliknya kerana ingin merapatkan silaturrahim. Secara purata, saya suka pergi ke rumah orang pada setiap hujung minggu kalau boleh, bagi merapatkan silaturrahim. Bukan kerana bulan Syawal.
Di sebabkan ada lebih banyak orang-orang miskin, lumpuh, yatim, pelajar-pelajar yang ingin dan belajar di universiti dalam dan luar negara, termasuk orang tua, kami membuatkan keputusan duit-duit untuk rumah terbuka itu kami peruntukkan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Tidak sampai hati melihat orang yang amat memerlukan itu, dengan membelanjakan duit untuk membuat rumah terbuka. Banyak orang yang sedang menanti kami memberi duit kepada mereka, saya lebih suka membelanjakan duit walaupun habis simpanan, untuk orang-orang yang lebih memerlukan seperti mana yang saya sebutkan di atas.
Selepas raya, ingin membuat projek menziarahi anak-anak yatim, orang tua dan sebagainya. Itulah nikmat yang antara paling besar, yang ingin kami lakukan In Syaa Allah berterusan.
Kepada yang ingin buat rumah terbuka teruskan.
Saya lebih suka, sekiranya tuan dan cik puan ingin mendapat pahala yang lebih berbanding membuat rumah terbuka, sebagai perubahan hasil tarbiah Ramadhan ini, adalah bersedekahkan duit-duit yang diperuntukan untuk rumah terbuka itu kepada banyak individu yang memerlukan duit.
Lapar dan dahaga itu adalah antaranya bagi membuatkan kita ada belas kasihan orang yang tidak semampu dan sekaya kita.
Orang yang susah, miskin, pelajar universiti dari keluarga susah, orang tua, orang lumpuh, OKU yang tidak berkemampuan, orang buta, anak yatim. Yang sedang menantikan bantuan.
Saya ada kenalan dan banyak orang yang memerlukan bantuan.
Imam Syafie seperti yang diceritakan melalui buku Mengenal Imam Asy-Syafi’i terbitan Telaga Biru, pernah berkata “Selama 16 tahun, hanya sekali aku pernah rasa kenyang, dan itupun aku berusaha memuntahkannya”
Didoakan Allah melembutkan hati kita supaya lebih fokus membantu orang yang sedang kesusahan. Hari ini kita senang, esok belum tentu.
Hari ini orang lain susah, ini adalah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk menguji sama ada kita termasuk dalam kalangan hambanya yang mencintai orang lain seperti mana kita mencintai diri sendiri.
Astaghfirullah.
Facebook : Malaysia | Shamsuddin Kadir
Kaya bukan untuk dibangga, kaya untuk dikongsi!
Wallahualam.