Bismillah. Tip Kewangan bagi pekerja kerajaan dan swasta.
Kajian menunjukkan antara sebab utama majoriti manusia adalah untuk mencari rezeki yakni duit bagi menanggung kos sara hidup dirinya dan keluarganya.
Kelemahan menguruskan duit yang diterima juga menjadikan hidupnya bertambah stres, bukan kerana kos sara hidup yang tinggi, sebaliknya kos gaya hidupnya yang melambung tinggi.
Sepanjang menjayakan kursus Pengurusan Kewangan Peribadi untuk staf kerajaan ataupun swasta, kami (Shamsuddin Kadir) dapati majoriti peserta tidak menanggung kos sara hidup, sebaliknya mereka menanggung kos gaya hidup.
Perbezaan kos sara hidup dan kos gaya hidup adalah antara langit dan bumi. Terdapat jurang yang sangat besar antara Jannah (Syurga) dan Neraka.
Begitulah dengan isu kewangan, makan nasi itu kos kehidupan, memilih jenis beras untuk dibeli dan dimasak itu adalah antara memilih antara kos sara untuk hidup dan kos gaya untuk hidup.
Seperti perbezaan antara, makan untuk hidup, dan hidup untuk makan.
Di mana makan untuk hidup itu adalah kos Sara hidup manakala
Makan untuk hidup itu adalah kos Gaya hidup.
Contoh kos Gaya hidup adalah :
1. Membeli kereta dengan mengambil tempoh pembiayaan 9 tahun
2. Membeli ‘Play Station’ untuk anak-anak
3. Membeli smartphone untuk pelajar sekolah rendah
4. Menghantar anak ke tadika berjenama ‘Moden dan ala luar negara’
5. Membeli Ais Krim yang berharga lebih dari harga biasa.
6. Berbuka puasa di hotel ataupun restoran berjenama
7. Membeli Jam tangan sehingga beribu ringgit, walaupun masa yang dapat tetap 24 jam sehari.
8. Membeli kuih-kuih raya yang menampilkan kita berjenama antarabangsa seperti kuih….
9. Memakai baju raya yang berjenama dan penuh dengan labucci, labu air, labu sayung….
10. Mengubah suai kereta dengan aksesori seperti ‘Skirting’ ‘Cornice’ ‘Plaster Ceilling’, lampu untuk menyuluh Malaikat, ‘Sticker’ dan juga menukarkan logo kereta dari jenama tempatan kepada jenama Import.
Di atas itu antara kos-kos yang membuatkan duit kita semakin lama, semakin tidak cukup untuk menanggung kos hidup yang sebenar.
Kenapa SEBAHAGIAN DARIPADA KITA terpengaruh dengan jenama gaya hidup, adalah kerana kita berjaya dipengaruhi oleh peniaga dam sistem marketing yang dicipta terutama oleh pakar barat, dalam mempengaruhi kita untuk berbelanja kepada perkara yang tidak perlu.
Seminar Wang & Pelaburan 2013 In Syaa Allah diadakan pada 31 Ogos 2013, adalah bagi membebaskan kita dari dipengaruhi oleh sistem pemasaran yang menarik kita tanpa sedar untuk berbelanja terutama kepada perkara yang kita tidak memerlukan.
Secara purata, orang yang sudah bekerja, banyak yang sudah termakan perangkap Psikologi sistem pemasaran barat, yang semata-mata melihat kepada keuntungan tanpa ada unsur keberkatan.
Astaghfirullah.