Skip to main content

Bismillah. Mentor yang perjuangannya adalah duit.

Banyak individu yang datang bertemu kami (Shamsuddin Kadir) menanggung kesusahan hidup banyak duit habis pergi berguru. Akhirnya beliau menjadi lebih miskin. Ada yang bertanya saya, apa yang menyebabkan mereka tidak menjadi orang senang walaupun sudah pergi berguru.

Saya memaklumkan kepada beliau “Saya tidak akan pergi berguru In Syaa Allah dengan guru @ mentor yang matlamat hidupnya adalah duit sebagai matlamat nombor 1. Di mana apa-apa pun guru itu asyiki menyebut kaya, kaya ataupun duit, duit, ataupun rumah besar, kereta mewah, melancong di luar negara”

Beliau bertanya saya “Kenapa?”

Saya menjawab “Mentor @ Guru yang matlamat hidupnya adalah duit, beliau umpama kuda lumba yang ditutup matanya, beliau akan berlari sekuat hati, supaya mencapai kemenangan, walaupun terpaksa melanggar adik beradiknya ataupun meminjak ibu bapanya, kerana mentor itu tidak nampak, kerana matanya sudah ditutup matanya untuk ada perasaan belas kasihan, yang ada dalam dirinya adalah aku perlu kaya aku perlu untung”

“Itu yang menyebabkan saya tidak ada banyak mentor’ tetapi Alhamdulilah, mentor kami meletakkan Akhirat itu sebagai matlamat nombor 1, membantu orang lain matlamat nombor 2. Duit adalah matlamat yang ke 5 ataupun ke 10). Duit @ kaya adalah simbol kemegahan, kekayaan yang ada sebelum kita mati dan tidak dibawa ke liang lahad ataupun padang Mashyar.”

“Ada yang berkata dengan kaya kita dapat bantu orang lain, benar. Pastikan kekayaan itu dihasilkan bukan dari menyebabkan orang lain bertambah miskin, merana, tertipu, dan derita,. Ini kerana sedekah itu diberikan di atas air mata derita orang yang duit mereka itu diambil.”

Alhamdulilah, mentor-mentor yang kami ada itu mementingkan kehidupan dan bukannya kekayaan dirinya.

Jalan paling mudah untuk menjadi kaya, dengan mengambil duit sebanyak yang boleh daripada orang lain. Dengan cara memanipulasi ataupun dengan memperbodohkan orang lain dengan janji-janji manis. Itu adalah duit haram bagi mentor yang perjuangannya adalah Akhirat, manakala itu adalah duit halal bagi yang perjuangan untuk hidup selama-lamanya di dunia.

Kepada sebahagian dari sepupuku, elakkan terbabas, kerana semakin hari, semakin banyak yang sudah tergadai kerana terpengaruh.

Guru yang tergilakan harta adalah Qarun. Mohon baca kisah Qarun yang sangat beriman kepada Allah sewaktu miskin dan menjadi musuh Allah sewaktu beliau kaya raya yang tidak bertuhankan Allah.

Guru yang tergilakan kuasa adalah Firaun.

Guru yang tergilakan Akhirat antaranya adalah Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar, Othman Affan, dan sebagainya. Wallahualam.

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave a Reply