Skip to main content

Maklumat Terkini, 13 Oktober 2010 | Pendaftaran untuk kursus ini hanya tinggal untuk 3 tempat lagi. Insyaa-Allah pendaftaran akan ditutup dalam masa terdekat.

————————————————-

Assalamualaikum Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah,

Berdasarkan emel dan pertanyaan yang belum ditunaikan,

Insyaa-Allah pada  hari Ahad bersamaan dengan 21 November 2010 akan diadakan satu workshop berkenaan perlaburan dalam hartanah @ iaitu rumah. Ianya sesuai kepada Tuan dan Puan yang ingin memiliki lebih dari sebuah rumah sebagai sumber pendapatan pasif.

Ada orang melihat sampah itu kotor, ada orang melihat sampah itu duit

Ada orang melihat rumah itu membebankan kerana perlu keluar duit, ada orang melihat rumah itu menguntungkan kerana duit masuk

semuanya bergantung kepada perspektif kita. Apa yang dapat menukar perspektif kita adalah ilmu yang kita perolehi melalui pengalaman baru sama ada melalui buku, training dan mentor.

Pelajari bagaimana kita dapat duit ekstra, harta ekstra dan bersara awal jika perlu.

Antara yang kita akan perolehi melalui kursus ini adalah “

1. Bagaimana membeli rumah dengan diskaun 80 – 110 % berdasarkan pengalaman trainer itu sendiri

2. Membeli rumah dengan menggunakan duit orang lain

3. Membeli lebih dari sebuah. Ada yang membeli 4 dan ada yang memiliki 120 buah rumah sewa

4. Menghasilkan Insurans pendidikan anak-anak yang Islamik dan percuma

Dan Insyaa-Allah banyak lagi jika dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah, pemilik sekelian alam

Yuran Perlaburan RM 188

Pembayaran awal sebelum 4 November adalah RM 158

Terhad : 10 orang sahaja

Trainer : Shamsuddin Kadir

Kepada yang berminat boleh hantarkan emel ke info@sk.my, nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan alamat.

Selepas mendapat pengesahan kekosongan tempat, mohon Tuan dan Puan membuat pembayaran seberapa segera, kerana pengesahan tempat adalah berdasarkan pembayaran yang diterima. ‘First Come First Serve’.

Bagus jika Tuan dan Puan dapat membaca buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah, sebelum menghadiri kursus ini, supaya lebih banyak ilmu baru yang dapat dikongsi dan juga Tuan dan Puan boleh bertanya dengan lebih banyak soalan.

3 Comments

  • Abdul Razak Bin Arshad says:

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Maaf kerana bertanya dalam ruang yang terhad.Bolehkah kita mendapat pinjaman untuk pembelian rumah yang kedua,ketiga dan seterusnya?Kerana bank biasanya akan membuat risk calculation kepada peminjam terutama bagi yang bekerja dan gaji kecil.Saya pernah terdengar bahawa ada orang yang bergaji kecil,tetapi mempunyai 5,6 rumah untuk disewakan.Minta pandangan Tuan SK

    Sekian,wassalam.

  • Reezal says:

    Rumah, Oh, Rumah!

    ingin sekali menjadi seperti ‘Encik Azuan’… 😉

  • Waalaikummusalam Tuan Abdul Razak,

    Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

    Pihak bank akan mengira risiko kita, walau bagaimanapun mereka tidak dapat melihat risiko memberi pinjaman kepada kita, kerana dengan izin Allah kita dapat memastikan tiada ketirisan dalam poket-poket kita.

    Tunjukkan kepada pihak bank, semua perjanjian sewa, supaya mereka dapat lihat kita dapat lebih banyak dari apa yang kita bayarkan kepada bank.

    Tingkatkan lagi nilai kualiti hidup kita, supaya semakin kurang kita berbelanja untuk perkara yang tidak perlu dan juga yang tidak mendapat keberkatan.

    Sekian, saya suka!

    Shamsuddin Kadir

Leave a Reply