Skip to main content

Assalamualaikum Tuan,

Saya ingin bertanya pendapat Tuan tentang bakal pengantin yang memohon pinjaman/pembiayaan untuk tujuan perkahwinan.

Contohnya pinjaman/pembiayaan daripada sebuah bank berjumlah RM20,000 di mana ansuran bulanan lebih kurang RM320 selama 7 tahun. Adakah ianya satu bentuk pinjaman/pembiayaan yang baik?

Terima kasih Tuan.

—————————–

Waalaikummusalam Tuan Firdaus (bukan nama sebenar),

Pinjaman peribadi bagi membiayai raja sehari adalah satu dari jenis-jenis barah kewangan yang mempelawa 1001 risiko dalam hidup berumahtangga.

Permulaan hidup berumahtangga dengan berhutang, biasanya membuatkan hidup kita berakhir dalam keadaan hutang masih keliling pinggang.

Pengambilan pinjaman adalah 100% tidak digalakan dalam membiayai majlis raja sehari. Kerana syarat sah nikah tidak memerlukan kita dibebani dengan hutang sepanjang hidup. Bakal pengantin itu perlu berbincang dengan kedua-dua belah pihak. Elakkan kos yang tidak perlu.

Antara perkara yang paling kami tidak suka, adalah menghadiri majlis raja sehari tetapi hamba hutang sepanjang hayat.

 

 

 

One Comment

Leave a Reply