Skip to main content

Tuan dan Cik Puan yang dirahmati Allah sekelian.

Alhamdullilah dengan izin-Nya, permintaan kepada Bengkel Mengurus Wang sangat menggalakkan sehingga kami di Ultra Mind Resources telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu bengkel  dengan tajuknya yakni Bengkel Bebas Hutang (BBH). RM 50 seorang terhad kepada 8 orang sahaja. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2010 di alamat seperti di bawah:

11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03 4142 5300

Bengkel ini khas untuk kita yang telah pun mempunyai hutang-hutang terutamanya hutang ansuran rumah dan kereta. Kami akan membongkarkan bagaimana untuk mengecilkan jumlah hutang yang sedia ada dengan menggunakan teknik S___U_ S_R__. Juga beberapa tips-tips terkini untuk mengelakkan wang yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan hutang tidak digunakan untuk perkara lain.

Tuan dan Cik Puan yang berkelapangan dan ingin menyertainya boleh menghantar e mel kepada info@sk.my dengan tajuk ‘Bengkel Bebas Hutang 26 Jun 2010’ dengan memberikan nama dan no tel.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim

4 Comments

  • hamidah says:

    Assalamualaikum,

    masih rasa sedih sebab masih belum diberi keluangan masa utk hadir pada bengkel 26 Jun.
    Hope dapat di khabarkan tarikh bengkel yang seterusnya bagi bulan Julai dan Ogos.

    Terima kasih banyak-banyak.

    Wassalam

  • Waalaikummusalam,

    Insyaa-Allah dengan izinNya, Cik Puan Hamidah akan diberikan kemudahan di masa depan nanti. Amin.

  • Wan Muhammad Hapiz says:

    Assalamualaikum…

    Adus…hari ini ek?klau saya tahu awal2 lagi saya ambil cuti pergi ke bengkel ni…
    jauh ni…dari Keratong..harap dapat join utk bengkel yg seterusnya…

    p/s:- suka baca buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang”…kisah yg berlaku sama dengan kehidupan sekarang…sbb tu berharap sgt utk join sekiranya ada bengkel selepas ini..

    Thanks

  • onewawasan says:

    Banyak info daripada post SK..Bila lagi akan diadakan kursus motivasi di Kota Kinabalu, Sabah?

Leave a Reply