Skip to main content

Salam En.Shamsuddin

Saya Zahid (bukan nama sebenar)  ingin mengetahui apakah akibat yang akan diterima oleh penjamin kepada peminjam hutang peribadi yang tidak membayar baki pinjaman tersebut sehingga surat naik mahkamah telah dikeluarkan oleh pihak bank…???

TQVM!!!!!!!!

————————-

Waalaikummusalam Tuan Zahid,

Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Tuan Amin.

Pertama-tamanya, mulakan terus bagi mengamalkan doa di bawah jika kita belum mengamalkannya,

“Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih, kami berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas, kami juga berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut dan sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami, Amin.”

Tuan ada dua pilihan, sama ada untuk menghadiri ataupun tidak perbicaraan tersebut, jika Tuan tidak dapat hadir berikan surat kepada pihak peguam yang menghantar surat itu. Ataupun Tuan boleh hadir dan memaklumkan bahawa Tuan tidak mampu bagi membayarnya (jika tidak kemampuan) ketika ini.

Senang untuk saya menjelaskan jika Tuan hadir di pejabat saya. Hubungi pejabat 03 41425300 ataupun emelkan ke info@sk.my bagi membuat temujanji.

Kepada bakal-bakal penjamin, baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, ketahui apa yang kita bakal hadapi apabila kita memilih untuk menjadi penjamin iaitu jika peminjam itu tidak bayar, kita sanggup bayar.

Shamsuddin Kadir

One Comment

  • az says:

    assalamulaikum..

    Saya ingin pandangan dari sdra.sham…sy telah mendapt surat ke mahkama atas perkara hutang rumah yg tertunggak.
    1. apa perlu sy buat.
    2.bagaimana kalu sy biarkan aje surat mahkama tu..?apa akan terjd.
    3.boleh tak sy terus pi ke bank byr skit n lupakan pasal surat ke mahkama tu?
    harap sdar.sham dpt beri sedikt tips.sy dlm keadaan risau amat sgt

    mekasih
    az

Leave a Reply