Skip to main content

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sepupu-sepupu yang dimuliakan,

Satu fakta yang mengejutkan, perbelanjaan isi rumah kita jatuh merudum apabila kita menghentikan tabiat membeli dan melawat pasaraya.

Ianya berlaku kerana kita tidak lagi membeli barangan membazir yang berlambak di Pasaraya. Sekurang-kurangnya kos barangan dapur kita berkurangan sebanyak 30%. Kos ini akan berkurangan lebih banyak apabila kita mengurangkan lawatan ke pasaraya.

Perkara yang sama terjadi kepada saya, dalam bulan Mei saya belum lagi memasuki mana-mana pasaraya. Bulan-bulan sebelum itu juga saya hanya membeli barangan ‘terhad’ yang saya tidak jumpa di kedai runcit berhampiran dengan tempat tinggal saya.

Pasaraya adalah tempat membuatkan nafsu kita menjadi segar, berkobar-kobar, manakala kedai runcit adalah tempat untuk kita melemahkan nafsu kita.

Memasuki kedai runcit umpama kita sedang berpuasa, memasuki pasaraya seolah-olah semuanya kita punya.

Bagi Tuan dan Puan yang ingin melatih nafsu supaya ianya dapat dikawal dengan lebih mudah dan mengikut perintah kita, kedai runcit adalah antara tempat yang sesuai ketika kita pergi membeli barangan keperluan.

Shamsuddin Kadir

Penulis Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Jurulatih di Ultra Mind Resources (www.sk.my)

One Comment

  • yusri says:

    salam SK…sy bersetuju dengan cadangan tuan dimana semakin besar kapasiti/size premis tersebut maka semakin besarlah nafsu kita untuk mengawalnya berbanding kedai runcit yang saiznya ‘seadanya’ dan bergantung kepada keperluan kita sahaja…amalkanlah..

Leave a Reply