Skip to main content

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Manusia pertama yang menjejaki bumi adalah Nabi Adam yang telah diarahkan oleh Allah ke bumi disebabkan kesalahan beliau memakan sebiji buah yang dilarang yang terdapat dalam Syurga.

Semenjak hari itu, semua keturunan dan anak cucu Nabi Adam dan Hawa tinggal menetap di bumi. Allah telah membuat satu undang-undang bagi memberi peluang kepada bangsa manusia untuk kembali ke Syurga iaitu tempat asal ‘tanahair’ manusia.

Tiket untuk ke Syurga adalah dengan mengikuti peraturan dan larangan yang ditetapkan oleh Allah seperti mana yang terdapat di dalam buku manual manusia iaitu Al-Quran dan Hadis.

Antara satu daripada peraturan Allah adalah tentang menguruskan kewangan kita. Perbelanjaan bijak menurut Allah tidak sama dengan perbelanjaan bijak menurut pakar-pakar kewangan manusia yang tidak mengunakan teori Allah.

Setiap perbelanjaan itu adalah bijak menurut pakar kewangan apabila kita tidak berbelanja lebih dari kemampuan dan kita mempunyai wang simpanan.

Menurut perintah Allah, perbelanjaan yang bijak adalah perbelanjaan yang mendapat keredhaan Allah dalam ertikata lain ianya bermaksud belanja itu mesti berkat.

Belanja yang berkat adalah apabila belanja itu memenuhi Fardhu Kifayah, dimana perbelanjaan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan diri dan juga keperluan ekonomi umat manusia yang bertuhankan Allah SWT.

Belanja yang berkat adalah pembelian barangan yang halal menurut peraturan Islam.

Belanja ansuran bulanan yang berkat adalah pembiayaan membeli rumah dan kereta mengunakan sistem kewangan Islam, dan rumah dan kereta yang dibeli itu mengikut keperluan untuk kita tinggal sementara di dunia ini sebelum tarikh mati kita itu sampai.

Petikan di atas adalah sebahagian dari buku ‘Dimensi Muslim’ tulisan Shamsuddin Kadir

Leave a Reply