Skip to main content

Duit menjadi antara perkara terpenting di dunia bagi memastikan urusan kehidupan kita di dunia dapat dilalui dengan tersusun dan tenang. Pelbagai cara dilakukan bagi mendapat duit, ada yang makan gaji dan ada juga yang berniaga. Tindakan kita mencari duit bergantung kepada dua perkara utama iaitu, apakah matlamat kita hidup dan kedua siapakah kawan yang mengelilingi kita.

Terdapat dua jenis manusia di dalam dunia ini :

  • Manusia yang meletakkan akhirat di hati mereka dan memegang dunia di tangan mereka
  • Manusia yang kedua meletakkan dunia di hati mereka dan akhirat di tangan mereka.

Manusia yang meletakkan akhirat di hati mereka, segala urusan mereka adalah bagi mendapat keredhaan Allah. Mencari duit adalah usaha mereka, tetapi mereka memastikan duit yang dicari itu menepati banyak perkara antaranya adalah :

  • Ada keberkatan, di mana mereka mengutamakan Fardhu Kifayah
  • Halal iaitu cara mencari duit itu adalah ‘syariah compliant’
  • Tiada perlaburan yang dimasukkan ke dalam akaun konvensional ‘conventional’.
  • Semua urusan pembelian rumah dan kereta adalah mengikut sistem yang Islamik
  • Tidak memiliki kad kredit yang tidak mengikut Sistem Islamik

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkan saki baki riba, jika kamu beriman, jika kamu engkar, maka Allah dan rasul Istihar PERANG terhadap kamu” – Antara ayat yang terkandung dalam buku manual manual di surah (bab) kedua Al-Baqarah. Ayat 277-278.

Individu yang berada disekeliling kita itulah ‘Agama kita’. Jika mereka orang yang patuh kepada arahan Allah yang menciptakan kita sebagai manusia dan bukannya haiwan, maka itulah agama kita. Jika mereka yang menjadi kawan kita itu orang yang melabur, mengambil pinjaman dan membeli barangan tanpa Fardhu Kifayah, itulah ‘agama kita’ yang kita akan membawa bertemu Allah sebentar nanti.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, letakkanlah dunia ini di tangan kami dan bukannya di hati kami. Amin.

Kita mencari duit bukan sahaja untuk menguruskan perbelanjaan sewaktu kita tinggal di wakaf ‘dunia yang sementara’, ianya juga bagi membantu sepupu-sepupu kita yang lain.

Persoalan paling mudah yang kita boleh tanya kepada diri kita sendiri setiap kali kita ingin lakukan sesuatu perbelanjaan :

  • Adakah nabi Muhammad ataupun sahabat nabi akan membeli kereta ini, jika mereka hidup di zaman kita?
  • Adakah Siti Khadijah (isteri) ataupun Fatimah (anak nabi) akan membeli ataupun membuat ubahsuai rumah sepertimana yang kita ingin lakukan ini?

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan, tarikh mati kita sudah ada, hanya kita sahaja yang tidak tahu, kita hanya tahu apabila sepupu ataupun diri kita sendiri didatangi Malaikat Maut. Sementara waktu yang masih ada, inilah waktu untuk kita membuat pilihan baru ataupun istiqamah jika laluan yang kita pilih itu adalah pilihan ke Syurga.

Shamsuddin Kadir

Leave a Reply