Skip to main content

Apabila diri kita dilengkapi ilmu kewangan yang cekap, semakin susah untuk wang mengalir keluar dari poket kita. Sebagai contoh, apabila kita dapat mengenalpasti perbezaan antara kehendak dan keperluan maka semakin susah wang untuk dihabiskan untuk digunakan bagi memenuhi kehendak kita. Untuk apa memenuhi kehendak jika keperluan kadang-kadang tidak mencukupi.

Apabila kita memiliki ilmu kewangan yang cekap, sudah tentu kita tahu status kewangan kita sekarang. Berapa banyak hutang yang sedang kita tanggung sekarang. Juga berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk hutang kita selesai dibayar. Seterusnya memudahkan kita merancang pembelian barang yang mampu dimilki sesuai dengan kedudukan kewangan kita sekarang.

Bagi mereka yang lebih hebat, wang yang ada dapat disimpan bagi digunakan kembali pada waktu-waktu kecemasan. Serta wang yang ada digunakan untuk saham akhirat dengan melaburkannya kepada tabung-tabung masjid, rumah anak yatim dan institusi kebajikan yang amat memerlukan bantuan kita. Seterusnya, kita berpuas hati kerana wang kita telah menjadi harta benda yang akan diganjari di akhirat kelak. Seterusnya memupuk sifat bersyukur.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim

Leave a Reply