Skip to main content

Cerita berkenaan hutang tidak akan habis-habis. Kebanyakan  daripada kita suka membuat hutang tidak kira hutang kereta, hutang rumah, hutang pelajaran, hutang peribadi, kad kredit atau skim ansuran mudah.

Hutang kita tidak akan habis-habis walaupun dibayar, kerana kita terus menerus mengekalkan tabiat berhutang. Kita semua bermula tanpa hutang. Namun sedikit demi sedikit semakin banyak hutang yang kita tanggung semata-mata ingin hidup lebih dari kemampuan sebenar kita. Jika kita belum memiliki ijazah, kita akan membuat pinjaman pelajaran untuk memastikan kita mendapat sekeping ijazah. Jika kita belum mempunyai kenderaan sendiri, kita akan berhutang untuk membeli motorsikal atau kereta. Jika kita belum berkahwin, kita akan membuat hutang peribadi semata-mata untuk menyediakan hantaran perkahwinan. Jika kita ingin menambah perabot di dalam rumah, kita akan mengambil skim ansuran mudah.

Adakah salah untuk berhutang? Tidak salah, cuma pengurusan hutang yang cekap penting bagi memastikan hidup kita sentiasa ceria, gembira dan sukses.

——————————————————————————————————————————————————————Tambah kemahiran mengurus duit dengan menyertai Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my

Bayaran sebanyak RM50 dan terhad kepada 8 orang sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Pelajari kemahiran mengurus duit yang membuatkan duit kita semakin susah untuk dihabiskan. Pasangan juga di alu-alukan untuk menyertainya.

Status kewangan peribadi kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya mengunakan pendekatan yang mudah.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources

One Comment

  • mizal says:

    Kebanyakan orang yang berjaya atau berharta bermula dari hutang.
    Adakalanya hutang yang banyak menjadikan seseorang itu lebih kaya jika
    diuruskan dengan sempurna.Mereka yang tidak pandai menguruskan hutang akan kecundang.

Leave a Reply