Skip to main content

Assalamualaikum Tn sham,

Nama saya Puan Siti. Saya berusia 28 thn. Sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata .5 tahun lepas saya ada membuat pinjaman dengan sebuah bank untuk membeli kereta. Pada mulanya ia berjalan secara lancar, tetapi perancangan saya tergendala akibat daripada kemalangan yg saya alami,membuatkan saya tidak mampu untuk membiayai lagi kereta itu, lalu saya serahkan pada adik saya untuk meneruskan pembiayaan (kaki kiri saya cedera teruk menyebabkan saya tak mampu untuk memandu)dan saya hanya membonceng motor suami sebagai pengangkutan untuk ketempat kerja. Almaklumlah, adik sendiri takkanlah saya tidak mempercayainya pula. Tetapi apa yang berlaku,nama saya telah disenaraihitamkan (kerana tidak menukar nama) oleh pihakbank kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan yang mana menyebabkan permohonan saya untuk membeli kereta lain atau rumah telah hancur berkecai. Gelap masa depan rasanya pada waktu itu nak menolong adik sendiri, saya yang jadi mangsa.

Namun perancangan Allah tidaklah kita ketahui. Akibat daripada kemalangan yg agak parah itu, saya mendapat wang pampasan yang jumlahnya bukan sedikit (rm 250,000)-. Maka saya mengambil keputusan untuk membeli rumah dan kereta secara tunai sahaja memandangkan saya tidak lagi boleh membuat pinjaman dari mana mana intistusi kewangan. Akan tetapi, saya tidak arif untuk menguruskan wang tersebut, seperti untuk membeli rumah dan kereta, serta ingin melabur pada masa yang sama. Disini saya ingin mendapat nasihat tuan sham, bagaimanasaya ingin membeli rumah dan secara tunai, dengan siapa patut saya berurusan dan bagaimana caranya,dan pada masa yang sama saya ingin melabur namun saya kurang arif dengan pasaran saham. Apa yang membuat saya risau ialah takut menjadi mangsa penipuan dari pihak pihak yang tak bertanggung jawab, ingin mengambil kesempatan sahaja.

Sedikit sebanyak nasihat dari pihak tn Sham, amatlah saya hargai. Terima kasih

NAA

—————————————-

Waalaikummusalam Puan Siti,

Pertama-tamanya takziah di atas segala dugaan yang menimpa Puan. Semoga setiap ujian yang Allah tentukan untuk Puan itu dapat dilalui oleh Puan sekeluarga dalam keadaan bersabar. Di sebalik setiap kesabaran itu ada hikmah dan nikmat yang amat besar.

Syukur di atas bantuan RM250,000 yang puan dapat itu. Dengan maklumat yang dinyatakan saya merasakan Puan terlebih dahulu menghubungi bank yang telah menyenaraikan hitam rekod Puan bagi mendapatkan jumlah baki hutang kereta yang belum dijelaskan. Ini bagi memastikan pilihan yang terbaik yang puan ingin buat adalah yang terbaik. Saya merasakan jika bagi hutang kurang daripada RM50,000 adalah terbaik jika Puan dapat menjelaskan kepada bank tersebut dengna meminta diskaun terlebih dahulu dengan alasan musibah yang berlaku kepada puan dan juga rekod baik yang puan ada sebelum musibah itu berlaku.

Apabila tiada lagi rekod buruk itu, Puan boleh gunakan sebahagian besar  wang itu bagi membuat pembelian rumah perlaburan dengan membuat pinjaman. Dengan tiada lagi rekod pada hari ini, puan boleh mengembangkan perlaburan puan di dalam rumah sebanyak yang boleh dengan mengunakan duit bank. Contohnya Puan boleh mengunakan duit tersebut untuk membeli 2-3 buah rumah apartmen ataupun membeli1-2 rumah teres setingkat untuk disewakan. Sebaliknya jika rekod puan sudah bersih, puan boleh membeli lebih banyak rumah dengan mengunakan duit pinjaman bank dan duit puan itu. Mungkin bagi setiap rumah puan membayar 50% dan manakala bakinya puan mengambil pinjaman. Saya percaya puan dapat memiliki lebih banyak rumah. Perancangan baik insyaa-Allah akan berakhir dengan memberi kebaikan pada keesokan hari.

Saya tidak mengalakkan Puan membeli kereta baru dengan mengunakan duit itu, kerana ianya mengundang banyak risiko yang tidak sepatutnya. Sebaiknya beli sebuah kereta terpakai yang masih ok tetapi berharga tidak lebih daripada RM30,000. Puan juga boleh memilih untuk menyimpan duit di dalam akaun perlaburan di Bank Persatuan. Cawangannya ada di Shah Alam. Sebelum ini menawarkan dividen setinggi 12.5 peratus. Jumlah maksimun yang boleh disimpan dalam akaun tersebut adalah RM15,000. Sebaiknya simpan di atas nama Puan sebanyak RM15K dan RM15K juga di atas nama suami. Majoriti yang selebihnya adalah terbaik di simpan dengan membeli rumah selepas membersihkan rekod puan.

Maklumkan kepada saya berapa hutang lama yang dibuat oleh adik puan melalui kereta puan yang lama itu. Jika puan masih ingin mendapatkan pandangan daripada saya.

Elakkan daripada mengunakan duit tersebut untuk mengubahsuaian rumah yang tidak perlu. Sebaiknya gunakan kesempatan sebelum duit itu disentuh bagi membaca sehingga ayat ke terakhir buku saya bermula dengan urutan di bawah :

1. Makan Gaji Tetapi Kaya

2. Hidup Tenang Walaupun Berhutang

3. Kaya Dengan Rumah

4. Buat Duit Dengan Rumah

Saya doakan Puan sekeluarga mendapat rahmat Allah setiap masa dan dilindungi daripada tertipu. Amin. Membaca dapat mengelakkan kita melakukan lebih banyak kesilapan yang tidak perlu.

Leave a Reply