Skip to main content

Kerjaya keusahawanan adalah kerjaya yang memerlukan keberanian, kekentalan, dan keazaman yang tinggi. Jika nak dibandingkan dengan kerjaya makan gaji, perbezaannya adalah seperti langit dan bumi.

Kebanyakan orang yang makan gaji pernah terfikir untuk menyertai mereka ke dalam dunia keusahawanan, namun ramai yang takut mengambil risiko kerana memikirkan ketidakpastian yang akan berlaku selepas bergelar usahawan. Namun setiap orang ada potensi dan kelebihan masing-masing, bergantung kepada bakat yang telah Allah berikan.

Selagi tidak membuatnya sendiri, tiada siapa yang tahu di mana letaknya bakat kita. Ketiadaan modal juga adalah satu alasan yang kerap diutarakankan namun modal bukanlah perkara pertama yang sepatutnya dirisaukan kerana jika modal sebesar mana pun, jika tiada ilmu pastikan kerugian akan menjengah.

Abdul Halim Bin Esa

Unit Perhubungan Dan Silaturahim

————————————————————————————-

Sertai Kursus Usahawan Super pada 4 April 2010. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Halim di Ultra Mind Resources di 03-4142 5300 dari 9 pagi hingga 4 petang.

Leave a Reply