Skip to main content

Saya amat tertarik dengan tulisan-tulisan En. Shamsuddin… Bulan lepas saya membeli buku Encik iaitu Makan Gaji Tetapi KayaSyabas amat menarik bukunya. Saya membeli buku tersebut di MPH Mid Valley.

Apabila bercuti di kampung halaman di Kelantan ini, saya teringin membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.  Saya mencarinya di sekitar kedai buku utama di Kota Bharu.. Namun hampa, amat sukar untuk mencari buku-buku tulisan encik.

Harapan saya agar buku-buku ini boleh dibeli secara online. Maka saya hanya perlukan internet untuk memperolehi buku-buku saudara.

Mohd Muhaimin

———————-

Terima kasih saudara Muhaimin.

Sebenarnya buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, sudah habis di stok penerbit dan sedang dalam cetakan ke-3. Buku ini di jangka berada di pasaran mulai pertengahan bulan November nanti. Terima kasih di atas sokongan saudara.

Saya akan berusaha bagi menyediakan peluang kepada semua tetamu S K.com bagi membeli buku itu secara online dan Insyaa-Allah saya akan menandatangani setiap buku yang dibeli. Ianya juga boleh dibeli sebagai hadiah di mana tetamu S K.com yang membelinya tetapi pihak S K.com akan menghantarkan (pos) terus kepada penerima yang dikehendaki oleh pembeli dengan ‘kata-kata perangsang’.

Berikan kepada saya tempoh lebih kurang sebulan untuk mendapatkan khidmat rakan trainer iaitu Tuan Harizal pemilik syarikat Waiz (Malaysia) Sdn. Bhd bagi membantu merealisasikannya.

 

 

 

 


Leave a Reply