Skip to main content

Saya sangat berminat dengan  kursus motivasi kewangan, Dimensi Diri II & III,
penyelesaian hutang, pelaburan hartanah. Sila berikan maklumat lanjut ke email saya …

Best regards,

AA

—————————

Terima kasih di atas sokongan saudara AA kepada program yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir (SK).  Untuk makluman saudara AA, program Dimensi Diri II & III hanya di jayakan apabila mendapat undangan daripada syarikat ataupun organisasi sahaja. Sila maklumkan kepada kami, kakitangan yang menguruskan hal ehwal kursus, jika saudara berminat bagi menganjurkan kursus di organisasi saudara. Kami akan menghubungi wakil saudara itu bagi menyediakan modul yang sesuai dengan keperluan staff di organisasi saudara.

Bagi kursus Penyelesaian Hutang dan Perlaburan Hartanah, ketika ini saya belum lagi membuka bagi program ‘public’. Insyaa-Allah apabila saya akan menjayakan program terbuka, saya akan maklumkan di halaman SK.com ini.

Terima kasih sekali lagi di atas pertanyaan di atas.

Shamsuddin Kadir

Leave a Reply