Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan dan Puan (semua sepupu) yang dimuliakan,
Beberapa hari lalu saya terlintas untuk memasukkan entri kenapa saya memanggil Tuan dan Puan dengan nama sepupu. Semalam sewaktu diberi kesempatan saya singgah menjengok sahabat baik di Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu Tuan Azemi Ali.
Beliau juga menyarankan saya memaklumkan kepada Tuan dan Puan kenapa saya memanggil Tuan dan Puan dengan nama sepupu, beliau percaya ada yang individu yang kurang faham dengan apa yang saya maksudkan. Kenapa pula Tuan dan Puan itu adalah sepupu kepada Shamsuddin Kadir?
Mengikut kepercayaan orang Islam dan Kristian terutamanya, kita semuanya berasal dari seorang atuk ‘grandfather’ yang bernama Adam dan seorang nenek ‘Grandmother’ yang bernama Hawa ataupun ‘Eve’. Anak-anak Adam dan Hawa @ Eve ini dipanggil adik beradik. pertalian anak kepada setiap anak-anak Adam dan Hawa sudah menjadi sepupu. Kita sebenarnya adalah sepupu ataupun dengan perkataan yang lebih tepat, kita ini adalah berketurunan yang sama iaitu dari seorang lelaki bernama Adam dan seorang ibu yang bernama Hawa @ Eve. Maksudnya tidak kira kita ini Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban, Melanau, Siam, Orang Putih, Jawa dan banyak lagi, kita sebenarnya adalah dari genetik yang satu.
Saya melihat Tuan Puan sama seperti mana saya melihat diri saya sendiri, iaitu Tuan dan Puan juga perlu mendapat apa yang saya dapat, supaya kita semua berjaya bersama.
Kita secara jasadnya adalah sama. Yang membezakan kita hanyalah agama iaitu kepercayaan kita terhadap Tuhan yang menciptakan kita.
Shamsuddin Kadir