Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tuan dan Cikpuan (sepupu) yang amat kami muliakan,
Untuk makluman semua sepupu, Shamsuddin Kadir sedang dalam proses mengemaskini buku-buku tulisan nya untuk program Perjenamaan semula (Rebranding). Jika dipermudahkan oleh Allah (If God Willing) buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya akan diterbitkan di dalam versi baru dan mengandungi bab tambahan dan beberapa perubahan.
Di alu-alukan Tuan dan Puan (sepupu) yang telah membaca buku itu bagi memberikan testimoni untuk dimuatkan di dalam buku-buku yang akan diterbitkan sempena pesta buku nanti. Nama dan lokasi juga diperlukan bagi dimuatkan di dalam buku tersebut.
Shamsuddin Kadir
Salam Tuan SK,
Saya dah pun memiliki kedua-dua buku tersebut. Saya suka untuk memberikan testimonial jika Tuan mengizinkan. ๐
Salm Tuan SK,
Bagaimanakah caranya nak hantar testimoni bagi kedua-dua buku tersebut?
Waalaikummusalam Tuan Hairizal dan Thinkerich,
Dipersilakan Tuan berdua bagi menghantar emel ke info@shamsuddinkadir.com