Skip to main content

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan Puan (sepupu saya),

Semakin banyak saya menjayakan kursus semakin tertekan saya rasakan, kerana pada hari terakhir saya terpaksa berpisah dengan mereka, ada yang berpisah dan bertemu kembali, dan ada juga yang tidak berjumpa lagi. Ada juga peserta saya yang telah meninggalkan dunia ini.

Begitu juga dengan individu yang hadir dalam hidup saya termasuk rakan, tetamu blog SK yang pernah saya temui secara bersemuka…

Seperti mana kursus yang baru berlaku iaitu di  Hotel Shangri La Kota Kinabalu. Walaupun saya mungkin tidak dapat berjumpa dengan mereka lagi, saya akan pastikan doa saya sentiasa untuk kejayaan mereka. Saya akan berusaha bagi menghampiri mereka sedekat yang boleh.

Jika boleh saya tidak mahu perpisahan itu berlaku. Saya tidak mahu berpisah dengan sepupu saya. Semoga kita dapat bertemu kembali wahai individu yang pernah hadir dalam hidup Shamsuddin Kadir.

Saya juga cukup terharu di atas kad istimewa dari peserta kursus Dedikasi Pekerja Shangri La dan tidak lupa poskad segera dari Cik Puan Wong Ai Mee dan beberapa peserta lain yang memberikannya, tidak lupa Tuan Joe yang memberikan salam perpisahan yang saya amat menghargainya.

Shamsuddin Kadir

Leave a Reply