Saudara-saudara yang ada menangung hutang yang membebankan ketika ini, kita boleh melakukan beberapa perkara di bawah. Hasilnya telah terbukti dapat membebaskan diri kita seumur hidup dari menjadi hamba kepaa hutang.
1. Rendahkan gaya hidup kita. Di mana kita tidak memerlukan handphone canggih, tv plasma, dan barangan yang cepat rosak ataupun tidak tahan lama seperti sofa berfesyen.
2. Beli barangan ikut senarai yang dibuat di rumah.
3. Tidak berkampung di dalam pusat membeli belah pada setiap hujung minggu.
4. Tidak membeli majalah yang akhirnya membuatkan nafsu kita meningkat, sama ada nafsu untuk mengubah suai kereta, rumah, hiasan dalaman rumah, alat kecantikan muka (make up).
5. Tidak lagi membeli barangan mengunakan kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi.
6. Tidak lagi menukar kereta dengan mengambil pinjaman demi pinjaman.
7. Membantu dan memaklumkan kepada kawan, rakan, saudara mara ataupun kepada orang yang kita tidak kenali, tetang bahayanya BERHUTANG. Apabila kita membantu orang lain, Allah (Tuhan) akan membantu kita.
Selamat berusaha, Shamsuddin Kadir akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuan dan Puan kerana kita semuanya adalah sepupu.
Shamsuddin Kadir
Thanks di atas tips di atas tuan. Saya nak tambah sikit lagi ni. Semua tips diatas hanya dapat diperolehi apabila kita dapat membezakan yang mana ASET dan yang mana LIABILITI. Begitu juga, kita mesti tahu yang mana dikatakan KEPERLUAN dan yang mana dikatakan KEHENDAK. Barulah cun untuk mengamalkan tips2 berkenaan. Ok
Saya amat meminati content dan tips2 yang di sampaikan oleh saudara.
saya juga menanggung beberapa hutang. dan berusaha untuk menghabiskannya secepat mungkin.
Terima kasih.., dengan ilmu saudara. Semoga Allah memberkati dan memudahkan urusan saudara dalam perkongsian ilmu.