Sejak dari 1 Syawal yang lalu, anak-anak kita menerima duit raya sama ada daripada kita sendiri dan juga dari orang lain.ย Daripada duit yang dikumpul itu, adakah kita telah menetapkan undang-undang bagaimana anak kita dibenarkan untuk membelanjakannya?
-
Memberi kebebasan untuk anak membelanjakan semua duit raya yang diperolehi
-
Memberi token iaitu duit ektra bagi mengenapkan duit yang dikumpul oleh anak itu sebelum dimasukkan ke dalam bank
-
Mengunakan duit tersebut bagi membiayai peralatan ataupun pakaian untuk anak tersebut
Kebanyakan ibubapa lmemilih pilihan yang kedua, di mana ibubapa mengalakkan anak-anak menyimpan duit tersebut ke dalam bank. Di mana jika duit raya yang dikumpul oleh anaknya itu berjumlah RM90, maka ibubapa akan menambah sebanyak RM10 bagi mengenapkan kepada RM100 sebelum di masukkan ke dalam bank. Langkah ini ada kebaikan dan keburukkannya juga, di mana anak digalakkan dengan disiplin menabung supaya tabiat ini berterusan sehingga anak mereka dewasa.
Keburukkannya anak ini tidak diberi kebebasan untuk membelanjakan duit yang mereka terima setahun sekali, seolah duit bonus yang kakitangan terima setahun sekali. Jika ibubapa ‘wajib’ membelanjakan duit bonus yang mereka terima kenapa anak mereka tidak boleh berbuat sedemikian? Amat susah untuk kita mengajar anak menyimpan, jika kita sendiri tidak mampu mendisiplinkan diri, seolah ibu ketam yang ingin mengajar anaknya berjalan dengan betul.
SK kurang bersetuju dengan kaedah di atas, kerana kaedah itu telah terbuktiย tidak melatih dan mendidik anak mengurus kewangan. Ianya hanya satu gimik yang tidak berkesan.
Pilihan kedua terbaik bagi merangsangkan anak menguasai kemahiran mengurus wang adalah dengan membenarkan anak membelanjakan 100% duit rayaย yang diterima mereka. Biarkan mereka membelanjakan semua wang itu mengikut apa yang mereka inginkan. Syaratnya hanya pastikan mereka tidak mengunakan bagi membeli barangan ataupun servis yang ‘membahayakan’. Konsep ini tidak dapat diamalkan jika anak kita mempunyai masalah seperti merokok, keluar malam, ketagih video game, kaki kafe siber dan sebagainya. Apabila anak bebas membelanjakan duit itu, mereka akan berlajar daripada kesilapan sendiri pada permulaannya, seperti mana kita tersilap membeli barangan yang kita sebenarnya tidak perlu.
Pilihan terbaik yang dicadangkan adalah dengan memberitahu anak bahawa duit raya terkumpul itu perlu dikenakan cukai. Ya sebanyak RM11.50 jika jumlah duit raya terkumpul melebihi RM20 tetapi kurang daripada RM 50. Jika duit raya terkumpul melebihi RM90 maka jumlah cukai yang dikenakan adalah RM 11.50 + RM13.50. Bawa anak bersama ke kedai buku dan dapatkan buku Biskut Ajaib dengan harga RM11.50 manakala buku Garaj Aiman dengan harga RM13.50. Bayar buku tersebut mengunakan sebahagian daripada duit raya anak itu. Hadiahkan buku tersebut kepada mereka dan beritahu kepada mereka, bahawa mereka boleh belanjakanย baki duit raya itu.
Untuk makluman tetamu blog ini, kedua-dua buku itu dituliskan khas bagi memberikan peluang kepada anak-anak untuk mencipta peluang. Buku Garaj Aiman dijangka akan berada di pasaran pada penghujung bulan Syawal ini, insyaa-Allah.
Insyaa-Allah ianya satu permulaan bagi memastikan anak-anak bukan sahaja belajar menguruskan wang, tetapi yang lebih penting mampu hidup berdikari tanpa perlu ‘merebut-rebut peluang’.
Salam sejahtera..
Tuan, sungguh munasabah dengan cadangan tuan. Sebelum saya membaca kisah ini saya telah membelikan bukan buku tuan tetapi buku kisah nabi-nabi dari duit raya anak saya. Akan saya usahakan untuk membeli buku tuan,Tahniah ke Indonesia juga akhirnya..
Salam sejahtera,
Saudara Abu Muslim,
Tindakan saudara membeli buku kisah nabi-nabi adalah pelaburan yang amat menguntungkan.Allah telah menjanjikan perlaburan yang tidak akan ada ruginya itu. Teruskan amalan mulia itu.
Terima kasih juga di atas sokongan saudara bagi buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman itu.
Saudara,
Di mana tempat yang paling baik untuk kita simpan duit raya anak-anak ini? Kalau boleh biar lah dapat pulangan yang lebih sedikit? Ada cadangan?
Harap Saudara dapat ikuti blog saya http://www.InvestInEast.wordpress.com dan sumbangkan sebarang komen/cadangan.
Tahniah di atas usaha saudara. Saya pernah hadir Ceramah di Majsid I’tisam, TTDI Jaya. Teruskan usaha murni.
Sudahkah tuan2 mempunyai perlindungan pendapatan?
Salam Tuan Sham,
Saya teruja dengan kata-kata anda, saya ingin memiliki semua buku-buku anda..sekarang saya telah memiliki beberapa buku anda..
Tahniah, idea anda amat berguna..
Di mana saya boleh simpan duit anak-anak supaya jumlahnya boleh berkembang?
Terima kasih Dina,
Ini adalah usaha saya yang ketiga bagi membalas komen yang Dina tinggalkan, sejak dari petang kelmarin.
Pandangan saya agak berbeza dengan konsep melaburkan duit raya anak ke dalam akaun perlaburan di bank. Konsep yang saya selalu nyatakan adalah gunakan sebahagian duit raya anak bagi membeli buku angan-angan iaitu Biskut Ajaib dan Garaj Aiman. Manakala baki duit raya itu beri kebebasan kepada anak-anak untuk berbelanja. Kedua-dua tindakan itu adalah perlaburan terbaik yang dicadangkan. Kenapa? Jawapannya telah saya huraikan di dalam beberapa artikel terdahulu di blog ini.
Terima kasih Dina di atas sokongan.