Skip to main content

Di ambil dari komen yang diberikan dari halaman www.shamsuddinkadir.com ini.

shah

Bila tuan sham nak publish buku baru/terkini?  Hidup tak tenang kalau tak baca buku2 tulisan tuan sham nie..harap dapat diterbitkan buku terbaru dengan tajuk dan kandungannya panas kepada peminat tuan sham seperti saya nie.

sekian.

——————————–

Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan Shah dengan limpahan cahaya yang hakiki yang menjadikan beliau seorang yang hebat di dunia dan diakhirat. Amin. Amin. Amin (Ya Allah perkenankanlah doaku ini)

Ketika ini saya masih dalam usaha bagi menyiapkan beberapa buah buku, tetapi saya masih belum berjaya bagi menyiapkan sehingga ke hari ini. Saya tidak pasti apa yang menyebabkan berlakukan sebegitu banyak halangan, yang pasti kini saya tidak ada lagi banyak masa seperti mana dahulu.

Hanya satu sahaja yang dapat membantu saya ketika ini bagi memastikan buku itu siap pada bulan Disember 2009 ini iaitu, DOA dari Tuan dan Puan yang sudi memohon kepada Tuhan agar dipermudahkan urusan Shamsuddin Kadir supaya buku-buku yang dirancangkan dan sedang ditulis dapat disiapkan.

Hanya itu sahaja yang mampu membuatkan buku-buku itu siap ditulis sepenuhnya ketika ini.

Shamsuddin Kadir juga terharu di atas sokongan Tuan Shah yang diluar jangkaan. Semoga setiap usaha baik yang dilakukan oleh Shamsuddin Kadir, Allah turut memberi pahala @ duit kepada Tuan Shah di atas sokongan yang diberikan. Amin.

One Comment

Leave a Reply