Skip to main content

Setiap penyakit itu ada penawarnya, begitu juga dengan penyakit bodoh ataupun tidak tahu yang ada dalam diri kita. Ubat bagi merawatinya adalah dengan bertanya. Ya, dengan bertanya kita dapat mengetahui dengan jelas tentang sesuatu yang kita belum ataupun kurang memahaminya.

Saya masih mengingati sewaktu berada di tingkatan 2, saya suka sangat bertanya kepada cikgu tuisyen (seorang pakcik yang berumur 75 tahun dengan pendidikan sehingga darjah 3).

Saya merasa pelik ketika itu kenapa pelajar lain tidak bertanya kepadanya.

“Pakcik kenapa mereka tidak bertanya kepada pakcik?” Tanya saya ingin kepastian

“Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu” Jawab pakcik ringkasย 

“Habis, kenapa pula saya suka bertanya?” Tanya saya lagi untuk mendapat kepastian

“Sham tahu apa yang sham tidak tahu” Jawab Pakcik Yusof

“Apabila fikiran kita terbuka, kita suka bertanya ataupun mencari sumber bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku di dalam kehidupan harian kita”

Saya membicarakan isu ini apabila teringat kepada kata-kata ustaz yang menyampaikah kuliah subuh pada pagi Sabtu 20 September 2008.

Di zaman Nabi dahulu ada seorang lelaki yang ditimpa batu besar yang mengena kepalanya, yang mengakibatkan banyak darah keluar daripada bahagian kepalanya itu. Beliau bertanya kepada sahabatnya bolehkah dia bertayamun, sahabatnya berkata tidak boleh kerana air ada. Lalu beliau mandi dan sejurus itu beliau mati. Sahabatnya pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menceritakan apa yang telah berlaku, Nabi memaklumkan kepadanya bahawa beliau telah membunuh sahabatnya itu. Jika sahabatnya itu bertanya orang lain dahulu mengenaiย isu bolehkan kawannya bertayamum,ย mungkin nyawa kawannya ituย dapat diselamatkan.ย Nabi menyambung lagi “Ubat kepada kebodohan adalah bertanya”.

Ini yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita, bahawa kebanyakan kita adalah jenis yang segan hendak bertanya. Dengan mengaplikasikan budaya membaca dan membina rangkaian dengan orang yang berilmu (mentor) kita dapat mengubati setiap kebodohan yang ada pada diri kita.

Iman Syafie pernah berkata “Semakin aku belajar, semakin aku kenal akan kebodohan diriku sendiri”

8 Comments

  • Tuan Shamsuddin,
    Terima kasih dengan sokongan dan perkataan motivasi ringkas di blog saya. Moga Allah mengizinkan kita melakukan yang terbaik untuk masyarakat.

    InsyaAllah buku Haji Muda ingin menjemput warga muda segera melaksanakan Haji untuk meneruskan agenda hidup seterusnya.

    Salam Ramadhan

  • Terima kasih di atas lawatan Puan Sifu dan juga pandangan yang diberikan.

    Untuk makluman Puan SifuPTS adalah mentor saya, beliau adalah pengerusi syarikat penerbitan Muslim terbesar di Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman selama 14 tahun di dalam dunia training.

  • Tuan Ridzwan,

    Adalah menjadi satu kewajiban kepada orang yang ingin mengikuti suruhan Allah dengan menyokong usaha mengajak manusia melakukan haji sewaktu masih muda.

    Salam Ramadan

  • Ada yang berkata, bertanya nampak bodoh, tak bertanya bertambahlah bodoh. Daripada mengumpul kebodohan, kumpul pengetahuan. Seperti antara simpan wang dan simpan hutang.

    Pilih-pilih!

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

  • Prinsip menuntut ilmu, semakin dituntut semakin itu kita merasai kekurangan diri, Sesungguhnya orang yang melampaui batas itu adalah orang yang merasakan dirinya serba cukup. Terima Kasih saudara

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  • Nabieel says:

    Bertanya adalah satu perkara yang bagus di mana kita dapat mencari satu jawapan untuk soalan yang bermain di benak fikiran.

    Akan tetapi, hendaklah berhati-hati ketika bertanya kerana ada sesetengah manusia suka “memperlekehkan” seseorang yang bertanya kepadanya.

    Bagaimana pendapat Tuan Shamsuddin di dalam menghadapi orang yang memperlekehkan pertanyaan kita? (Orang yang memperlekehkan ini adalah berkedudukan atau berstatus tinggi di dalam carta organisasi syarikat)

  • Saya bersetuju juga dengan saudara Nabieel,

    Kadangkala ada orang yang memperlekehkan kita apabila bertanya.

    Bagi saya ada 3 pilihan yang kita boleh lakukan.
    1. Teruskan amalan bertanya tanpa menghiraukannya

    2. Hentikan daripada bertanya kepada orang yang tidak dapat menghargainya

    3. Mulakan dengan kata-kata berunsur pujian bagi mempengaruhi orang lain memberikan response yang sepatutnya kepada pertanyaan kita. Contohnya “Tuan, saya sudah bertanya beberapa orang tentang satu persoalan ini, tetapi mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, saya pasti tuan ada jawapan yang tepat” selepas itu kita mulakan bertanya.

Leave a Reply