Shamsuddin Kadir mengambil peluang ini bagi mengingatkan kepada diri sendiri, rakan, teman, sahabat, usahawan dan organisasi iaitu syarikat yang berasaskan kepada keuntungan.
Apabila motif ataupun matlamat utama kita adalah duit @ money, kita boleh diibaratkan seperti seekor kuda lumba yang matanya ditutup, yang sedang bersaing untuk mendapat tempat pertama iaitu Juara. Dalam perjalanan mengejar juara itu, kita mungkin beberapa kali terlanggar kuda lain di atas matlamat kita bagi menjuarai perlumbaan itu.
Membuat bisnes ataupun berusaha dengan meletakkan duit sebagai matlamat utama, sudah pasti ketika kita berlumba dengan mata yang tertutup itu kita mungkin melanggar adik beradik kita, jiran, rakan dan ada yang sampai melanggar ibubapa sendiri. Adakah duit itu yang membuatkan kita sanggup melanggar orang lain?
Apabila duit dilihat sebagai asas kepada kejayaan, semakin ramai orang yang kita langgar setiap kali kita meniti kejayaan. Adakah itu dikirakan sebagai berjaya?
Saya memohon jasa baik Tuan dan Puan yang membuat bisnes ataupun yang mengejar duit, supaya tidak meletakkan duit sebagai matlamat utama, kerana sudah banyak insan yang dilanggar sedang menangung derita.
Permintaan ini juga ditujukan juga kepada sebahagian dari bank-bank yang ada di luar sana yang mada ada di antaranya dengan bangganya mendabik dada mengistiharkan kejayaan mereka mendapat keuntungan maksimum dengan menjadikan ramai rakyat Malaysia sebagai hamba kepada mereka dengan memberi pinjaman melebihi dari kemampuan.
Pinjaman peribadi, hutang melalui kad kredit, pinjaman kereta melebihi 4 tahun semuanya tidak akan menguntungkkan pelanggan iaitu rakyat Malaysia tetapi menjadikan mereka sebagai hamba duit yang kekal berkerja semata-mata bagi memberi pulangan kepada Bank.
Semoga bank berlumba-lumba bagi mengutamakan kesejahteraan pelanggan lebih dari memaksimunkan keuntungan. Selagi bank menjadikan duit sebagai matlamat hidup selagi itu, tangisan keperitan akan terus kedengaran di bumi Malasyia dan khususnya di www.shamsuddinkadir.com.
Kepada Tuan dan Puan yang beragama Islam, sesungguhnya ingatlah Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu’ – Allah. Allah melarang manusia dari menganiaya manusia lain dengan mengunakan kelebihan yang ada pada kita.
Kepada Tuan dan Puan yang sudah menjadi mangsa manusia dan syarikat yang bertujangkan kepada duit sebagai perjuangan, bersabarlah kerana sesungguhnya, orang yang berjaya adalah orang yang berjaya melepasi ujian sabar.
Sabar dan disusuli dengan usaha bagi membebaskan diri dari belenggu hutang. Antara cara cepat bagi memastikan hutang kita itu dapat diselesaikan adalah dengan melipatkan usaha bagi memandaikan orang lain agar tidak terjebat dalam perangkap hutang.
Shamsuddin Kadir