Skip to main content

Saya membina network dengan pelbagai cara, antaranya adalah saya memilih untuk makan di meja yang sudah ada pelanggan lain, di mana saya jarang makan di meja yang tiada orang. Biasanya saya memilih meja yang hanya ada satu pelanggan. Saya akan memohon izin terlebih dahulu dan hanya bercakap dengan beliau selepas suapan yang ketiga.

Di akhir perbualan saya kadang kala akan memberikan kad nama saya. Aktiviti ini saya lakukan sejak di bangku sekolah menengah, kerana saya suka ada kawan baru.

 Antara sebab utama saya melakukan adalah bagi mempelajari ilmu baru yang belum ada di dalam pasaran.

Umur bakan kawan baru ini adalah bebas, ada yang masih bersekolah dan ada juga yang sudah bersara dan menjadi penggangur semula.

Shamsuddin Kadir

2 Comments

  • arazak says:

    Saya ada anak lelaki belajar di darjah dua. Satu hari selepas ambil dia di perpustakaan daerah, dia hendak pergi makan bersama rakan-rakan di kedai berhampiran. Saya kata kepada anak saya hari ini saya hendak belanja semua rakan-rakan dia makan(5 orang). Saya bawa mereka menaiki kereta ke sebuah kedai makan. Sewaktu makan ada orang bertanya. Semua ini anak encikkah?. “Ini semua anak muridkah cikgu?”(Saya mengajar di sekolah menengah). Semua ini saya tahan telinga sahaja kerana, i) niat untuk belanja rakan anak saya. ii) untuk mengetahui dunia sebenar kanak-kanak (untuk ditulis dalam buku cerita nanti).

  • Saya kagum dengan kaedah Tuan Razak,

    Ianya bukan sahaja bagus untuk mendapatkan informasi terkini bagi dimuatkan di dalam buku cerita tetapi membantu kita lebih memahami dunia kanak-kanak supaya lebih pandai kita melayani mereka.

    Tahniah Tuan Razak di atas kaedah yang bagus bagi menghasilkan idea yang bagus. Satu lagi contoh yang kita boleh ikut dan pahalanya besar dengan membelanja kanak-kanak itu, ikatan persahabatan anak menjadi lebih akrab.

Leave a Reply