Skip to main content

Antara sebab utama kenapa pekerja tidak bersemangat dan datang ke tempat kerja semata-mata untuk dapat duit pada hujung bulan adalah kerana fokus utama mereka adalah duit.

Duit adalah punca kenapa motivasi pekerja hilang, duit juga menjadi penyebab kenapa semakin bertambah kakitangan yang datang ke pejabat membaca emel peribadi dan chit chat sama dan membaca suratkhabar.

Fokus kepada duit membuatkan kita menjadi hamba duit sehingga hari terakhir Allah benarkan kita hidup di dalam dunia ini.

Terdapat pelbagai kategori pekerja. Ada yang bertaraf biasa, ada yang sederhana biasa dan ada yang luarbiasa. Banyak faktor yang membezakan antara pekerja biasa dengan pekerja luarbiasa. Satu daripadanya adalah fokus pekerja itu. Jika fokusnya adalah kerana duit, beliau hanya akan melakukan kerja-kerja yang biasa. Apabila pekerja itu menfokus kepada kemahiran dan cabaran, ianya menjerumus kepada semangat untuk menjadi luarbiasa.

Untuk kelebihan menjadi luarbiasa adalah kita dapat menjadikan diri kita sebagai ‘bullet proof’ tetapi bukan kepada peluru tetapi kepada arahan dari boss kita. Kita dapat menghasilkan diri sebagai pekerja yang kalis arahan. Jarang kita dengar orang yang suka menerima arahan walaupun serendah mana jawatan seseorang itu.

Kursus Dedikasi Pekerja adalah sebuah kursus yang direka khusus ‘tailor made’ bagi memenuhi keperluan setiap pekerja agar menjadi aset paling mahal bagi setiap organisasi.

Shamsuddin Kadir

Jurulatih Kejayaan @ Penulis 9 buah buku dan Timbalan Bendahari TAMRIN

Ultra Mind Resources,

11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur Tel: 03 4142 5300

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply