Skip to main content

Kursus Dedikasi Pekerja yang sedang dijalankan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu, Sabah dari 9-10 November 2009, adalah kursus ‘tailor made’ bagi menjadikan setiap peserta ataupun pekerja mencapai kejayaan maksimun tanpa dapat dihalang oleh musuh paling ketat kita iaitu “Diri’ kita sendiri.

Kursus Dedikasi Pekerja adalah antara ‘baby’ baru Ultra Mind Resources sejak awal 2009. Ianya disediakan bagi memenuhi keperluan pekerja yang selama ini merasakan halangan untuk mereka berjaya adalah disebabkan oleh faktor seperti bos yang tidak memahami, rakan sekerja yang suka ‘mengipas bos’, tiada peluang untuk naik pangkat, pujian tidak diberi di hasil yang kita lakukan, bos mengaku beliau yang mencadangkan idea yang bagus itu, ….

Apabila mengikuti kursus ini, semua halangan itu ghaib serta merta, kerana itu bukan halangan… Yang menjadi halangan untuk kita berjaya adalah diri kita sendiri. Kejayaan bermula dari kita.

Tiada sesiapa yang boleh menghalang kita dari mencipta kejutan, mencipta gaya kerja yang luarbiasa selain dari diri kita sendiri.

Di bawah adalah komen yang diberikan oleh seorang peserta pada hari pertama.

 

Sitialinah Tahir

“Walaupun hari pertama… impaknya sungguh DAHSYAT. Untuk menjadi yang luar biasa, kita kena berani melompat dari KEPOMPONG yang boleh dianggap biasa.

Tak sabar nak tunggu esok dan rasanya 2 hari macam tak cukup, masih banyak lagi ilmu yang perlu digali daripada SK.

saya suka

ct…

Shamsuddin Kadir

Kota Kinabalu, Sabah

Ultra Mind Resources

11-2 Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

www.sk.my @ www.shamsuddinkadir.com

3 Comments

  • jai says:

    Assalamualaikum Tuan SK dan rakan-rakan,

    Baru-baru ini pada beberapa hari yang lepas saya telah sediakan 15 kesilapan pekerja dari mencapai kejayaan dan saya ingin memuatkan dalam blog saya tak lama lagi.

    Ini semua berdasarkan pengalaman saya selama berbelas-belas tahun menjadi pekerja.

    Saya suka.. 🙂

  • Waalaikummusalam Tuan Hasrizal,

    Bagus, kesilapan yang dipelajari melalui pemerhatian sepanjang hidup itu amat bermakna, saya juga ingin mengetahuinya.

    SK

  • jai@jaigoku says:

    Saya dah beberapa hari ni tak dapat nak tulis blog sebab Celcom Broadband tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.. Saya akan menulis semula di Internet apabila keadaan mengizinkan.

Leave a Reply