Setiap hari kita akan berhadapan dengan perkara ataupun benda yang kita belum ketahui dengan jelas. Ada dua cara kita boleh pilih bagi mengetahui kewujudan perkara ataupun benda baru itu. Belajar daripada kesilapan sendiri ataupun belajar daripada orang terlebih dahulu sudah mempelajarinya.
Cara termudah bagi mempelajarinya adalah dengan mencari sekurang-kurangnya 10 mentor. Di mana kita melantik orang yang berilmu dan berpengalaman sebagai ‘penasihat’ kepada isu-isu ataupun ketidakpastian yang bermain di fikiran kita dari masa ke semasa.
Cari mentor sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap bidang yang berkait dengan kehidupan harian kita. Jadikan mereka sumber rujukan kita dalam meningkatkan ‘kualiti’ hidup sebagai khalifah Allah.
Mentor tidak semestinya seseorang yang terkenal. Asalkan seseorang itu layak untuk dijadikan mentor sudah mencukupi. Di samping belajar dengan mentor-mentor itu, kita juga boleh belajar melalui buku.
Jadikan waktu menonton televisyen pada waktu malam dihadkan kepada 30 minit sahaja dan gunakan waktu yang berbaki itu untuk membaca. Anak-anak hanya meminati buku apabila mereka melihat conthoh yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka.
Semakin banyak yang kita pelari semakin kurang risiko yang kita perlu berhadapan. Daripada kita menghiasi almari ruang tamu dengan hiasan ‘olok-olok’ adalah lebih bermanfaat jika almari display itu dijadikan mini library keluarga di ruang tamu. Ini akan menyemarakkan lagi aura menuntut ilmu.
Elakkan dari membeli majalah, surat khabar dan buku-buku yang ‘diibaratkan sampah’ ini kerana apabila dibaca oleh kita ataupun anak kita maka pemikiran ‘kotor ataupun busuk’ yang terhasil. Yang dibaratkan sampah adalah bahan bacaan yang hanya membincangkan gosip (meningkatkan fitnah), gejala sosial, dan yang merosakkan akidah dan mendorong pembaca melakukan aktiviti yang tidak senonoh.
Semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin kurang risiko yang kita perlu atasi. Pagi ini selepas bersahur, saya menyambung membaca buku “The Chinese Dilmema” manakala isteri saya membaca buku Brian Tracy ‘Psikologi Menjual’.
Daripada kita menghiasi almari ruang tamu dengan hiasan ‘olok-olok’ adalah lebih bermanfaat jika almari display itu dijadikan mini library keluarga di ruang tamu. Ini akan menyemarakkan lagi aura menuntut ilmu.
Saya suka ayat ini tuan sham.Saya harap ia dapat membuka hati dan minda kita untuk berubah insya Allah.Melalui ruangan ini sebenarnya tuan telahpun menjadi mentor saya.Terima kasih tuan sham kerana sudi menjawab pertanyaan kami.
Salam
Ini ada contoh majalah yang merangsang orang berbelanja secara bermewah-mewah: http:// (Ops saya memohon maaf kerana pihak http://www.shamsuddinkadir.com tidak dapat mempamerkannya secara terbuka di blog ini, walau bagaimanapun saya sudah melayari dan benar apa yang Saudara Firdaus maklumkan.)
Sudahlah ejaannya salah, ayatnya menggambarkan perkahwinan yang tidak kekal pula!
Assalamualaikum,Budaya membaca sememangnya harus dipupuk dalam diri, ayat yang pertama yang diturunkan pada junjungan tinggi nabi muhammad juga menyuruh menyebut iqra yang bermaksud “bacalah”. Moga budaya mencari dan mendalami ilmu dapat diterapkan dalam masyarakat Muslim dalam melahirkan dan meninggikan lagi martabat Muslim.
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
Saudara Roslan,
Sudah tiba masanya, kita membebaskan diri kita daripada hiasan ‘membazir’. Saya bersyukur saudara juga bersetuju bahawa lebih baik almari display itu dijadikan mini library daripada menghiaskan ‘keegoan’.
Saya juga memerlukan saudara Roslan bagi memakmurkan blog ini, supaya kita semua sentiasa berusaha tanpa henti-henti sehingga kita kembali kepadaNya.
Salam saudara Firdaus,
Halaman web yang Tuan bagi itu benar-benar merangsangkan kita hidup dalam dunia yang ‘olok-olok’.
Terima kasih di atas perkongsian itu.