Skip to main content

Dunia adalah perjalanan pertama kita sebelum dapat kembali semula ke tanahair kita, jadi matlamat hidup kita perlu jelas sejelasnya. Shamsuddin Kadir juga dalam usaha bagi memperbaharui matlamat yang sedikit sebanyak bergantung kepada maklumat yang kita ada dan dapat dari masa ke semasa.

Perkara paling asas adalah untuk meletakkan dunia di tangan kita. Perkara utama yang kita boleh lakukan adalah dengan berdoa “Ya Allah letakkan dunia ini di tanganku bukannya di hatiku”.

Doa yang sentiasa dibaca dengan hati yang penuh yakin bahawa Allah menunaikan doa kita itu dan disertakan dengan usaha bagi membebaskan diri dari ‘termimpi-mimpi’ akan dunia, menjadikan matlamat hakiki kekal.

Apabila kita mengejar rumah besar, kereta mewah dan  segala-galanya yang paling besar berbanding orang lain, kita menghampiri hati kita dengan dunia.

Apabila kita mengejar kebaikan dan berusaha memberi sebanyak-banyaknya, kita meletakkan dunia di tangan kita dan membiarkan dunia dengan seisinya mengejar kita.

Tarikh kita mati telah ditetapkan. Jadi mengejar kekayaan membuta tuli tanpa belajar yang mana halal dan haram membuatkan kita tergolong dalam kumpulan orang yang meletakkan dunia di hati.

Beli barangan keperluan dan kehendak mengikut apa yang kita mampu dan suka tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply