Skip to main content

Salam Tuan SK,

Tak tahu macam mana saya hendak mulakan,mungkin ayat saya agak tunggang langgang.

Saya mula menggunakan Kad Kredit semenjak saya mula bekerjalebih kurang 14 tahun lepas,tetapi sekarang tidak lagi.Masalah saya sekarang hutang kad kredit yg saya gunakan 14 tahun lepas seperti tidak habis-habis.Sebab utama adalah saya hanya membayar minimum setiap kad kredit sya yang berjumlah 5 kad semuanya dan saya tiada mentor atau guru menasihati dan tidak pandang ke depan.

ย 

Akhirnya sya sekarang sudah di sah blacklist.Akibat saya terperangkap kerana hutang sya sudah di tahap maksimum dan sya sudah tidak mampu membayar.Saya amat tertekan,tapi sya telah membeli buku Tuan SK spt Hidup Tenang Walau Berhutang/Makan gaji tapi kaya/Biskut ajaib.

Saya agak tenang sedikit dan faham sedikit macam mana menguruskan perbelanjaan harian dan sgt berminat dgn pengurusan kewangan.

ย 

Sya perincikan hutang saya spt berikut

Gaji saya rm3100 bersih

Bank Rakyat rm 30k

Ocbc rm9k

Eon rm 2500k

Cimb rm14k

ย 

Saya sekarang membayar hutang saya semua secara minimum, tetapi tak tahu sampai bila akan habis,mcm mana cadangan Tuan SK ?untuk saya habiskan hutang secepat mungkin,untuk makluman umur saya sekarang 37 tahun dan fokus saya untuk bebas hutang pada umur 40 tahun dan tidak mahu hutang lagi.

ย 

Terima kasih

Abdullahย (bukan nama sebenar)

—————————-

Waalaikummusalam Tuan Abdullah,

Semoga Allah membebaskan diri Tuan dari bebanan hutang ini sepintas kilat, Amin. Ya Allah jika rezeki Tuan Abdullah di langit, turunkanlah ia, Jika rezekinya di bumi keluarkanlah ia, jika rezekinya sedikit perbanyakkanlah ia, jika rezekinya banyak perberkatilah ia, Jika rezekinya haram, sucikanlah ia, berkat dengan waktu DhuhaMu ini, perkenankanlah doa hambaMu ini. Amin.

Ada beberapa maklumat yang saya tidak tahu iaitu, ansuran rumah, kereta dan lain-lain kos.

Saya mencadangkan Tuan Abdullah dalam masa terdekat ini melawati Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka mampu membantu Tuan mengurangkan bebanan Interest, kerana AKPK adalah anak sulong kepada Bank Negara, Bank-bank komersil lain patuh kepada arahan yang diberika oleh AKPK.

Ada dua cara bagi menyelesaikannya, sama ada dengan menambah pendapatan ataupun mengurangkan bebanan.

Tambahkan prinsip hidup lain, seperti prinsip tidak menyambut hari jadi dan ulangtahun perkahwinan tetapi mengantikannya dengan Kejutan Kualiti Hidup.

Prinsip Skor A di dalam dewanย peperiksaan di tukar kepada Skor A di luar bilik peperiksaan untuk anak-anak.

Jumpa AKPK terlebih dahulu, jika Tuan tinggal di lembah klang, boleh buat temujanji dengan saya selamat 45 minit di pejabat saya secara percuma sahaja.

Mulakan dari hari ini melakukan sunat Dhuha, ketika menulis entri ini saya dikejutkan oleh Allah dengan satu lagi kebaikan yang datang mendadak yang dikurniakan olehNya kepada SK beberapa saat lalu.ย 

Saya yakin dengan sifat Allah yang pemurah dan penyayang, hutang saudara akan habis sebelum penghujung 2010. Ya Allah makbulkan keinginanku ini untuk saudaraku yang dalam kesempitan itu. Amin.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

ย 

ย 

ย 

7 Comments

  • Iskandar says:

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Entri ini amat berguna kepada saya.Terima kasih.

  • elmaaniq says:

    Turut bersimpati dengan Tuan Abdullah

  • elmaaniq says:

    Hutang dengan Eon 2500k? itu bermakna 2,500,000.00

  • jai@jaigoku says:

    Assalamualaikum, rakan-rakanku sekelian,

    Jika hutang masih lagi dibawah RM10,000 ada cara yang lebih baik, itu pun di ukur melalui gaji dan keperluan.

    AKPK, adalah jalan terbaik. Mereka akan mendisiplinkan anda membayar pada jumlah yang termampu anda bayar mengikut tempoh yang telah di tentukan jika tidak silap dalam memori saya. Bank komersial lain akan menurut sahaja tanpa banyak soal dari pihak AKPK. Setiap negeri dan beberapa daerah memang ada cawangan AKPK.

    Yang ke-3, Tuan-tuan dan Cik Puan-Cik Puan yang mengalami masalah kewangan cuba berikhtiar untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Belanjakan dengan perbezaan antara keperluan atau kemahuan.

    Yang ke-4, Cuba juga ikhtiar untuk menambahkan kewangan. Jangan jadikan modal sebagai halangan. Kerana ada juga bisnes atau usaha menambah pendapatan tidak perlukan modal atau dengan hanya modal yang kecil. Yang penting idea..

    Yang ke-5, melabur untuk ilmu. Membaca, seminar, cari kawan usahawan yang berjaya atau lainnya.

    Yang ke-6, Solat dan sentiasa berdoa. Jangan harapkan dengan berdoa hanya sekali akan termakbul. Sentiasa ikhlas dan berperasangka baik.

    Saya yang cuba membantu.. ๐Ÿ™‚
    http://www.h2jbiz.com

  • Saya suka di atas sokongan Tuan dan Cik Puan semua ke atas saudara kita yang sedang menghadapi situasi yang sukar.

    Semoga kita sentiasa berdoa kepada Allah agar situasi yang sukar itu bertukar menjadi mudah. Amin.

    Tuan Hasrizal, saya suka di atas usaha Tuan memberikan informasi yang berguna.

    Saya suka

    Shamsuddin Kadir

  • jai@jaigoku says:

    Tuan SK,
    Saya memang suka.. ๐Ÿ™‚

  • Mohd Yusoff says:

    Assalamualaikum Tn Abdullah,

    Sentiasalah berusaha untuk menguruskan segala hutang piutang tersebut dan penyelesaiannya serahkan kepada Allah. Saya harap Tn Abdullah jangan bergantung pada jalan penyelesaiannya nanti Tn Abdullah pasti kecewa. Penyelesaian adalah hak Allah.
    Sentiasa bersangka baik pada Allah sebab Allah bagi ujian yang ianya tahu bahawa Tn Abdullah mampu menguruskannya. Allah itu maha adil, pengasih dan penyayang.

    Sekian, terima kasih

Leave a Reply