Skip to main content

Tahniah kepada Tuan dan Puan yang sudah berjaya menjelaskan semua hutang yang tidak baik dan tidak lagi ada hutang yang berkaitan dengan :

  • Kad Kredit
  • Pinjaman Peribadi
  • Skim Ansuran Mudah
  • Ansuran Kereta ‘nafsu’

Tahniah juga kepada Tuan dan Puan yang sedang dalam proses bagi membebaskan diri dari hutang-hutang tersebut.

Bagaimana rasanya apabila kita tiada menangung hutang tersebut? Nikmat itu Tuan dan Puan boleh bayangkan sewaktu kita belum terlibat dengan sebarang hutang. Bagaimana dengan minda saudara, bebanan seberat 1,000kg sudah tiada di minda.

Semoga Allah membantu kita bagi memperkuatkan diri bagi meneruskan rancangan dan usaha kita membebaskan kita dari bebanan hutang yang tidak perlu.

Saya suka bertemu dengan individu yang ada banyak hutang sebelum ini, tetapi tidak lagi ketika ini. Tahniah, kerana saudara semua membuat pilihan yang terbaik.

Saya suka bertemu dengan individu yang ada hutang dan ketika ini sudah tidak membuat hutang baru tetapi hanya mengunakan peluang bagi menjelaskan hutang.

Saya suka bertemu dengan individu yang ada hutang dan ketika ini terus menerus menambah hutang dan tidak mengambil peluang bagi membebaskan diri dari hutang itu. Di sini kemahiran yang saya ada digunakan bagi berkongsi dengan kakitangan awam dan swasta supaya mereka dapat kembali fokus kepada kerja dan menikmati hidup dengan ceria dan tenang.

Saya suka bertemu dengan individu yang tidak suka berhutang dan hidup dalam penuh keserderhanaan sehingga mereka mati. Kerana merekalah yang memiliki muka yang paling tampan dan jelita, walaupun sudah berumur 69 tahun.

Pilihan untuk hidup dengan penuh ceria dan tenang adalah pilihan siapa?

Siapa yang membuat hutang?

Siapa yang memilih untuk tidak membayar hutang?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

4 Comments

  • Muzammil says:

    Assalamualaikum wbt,

    Tuan Sham,

    Semoga Tuan ceria sentiasa!

    Sekadar ingin berkongsi, sebelum ini saya memang merasakan sangat selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kad kredit, mudah untuk mengisi minyak, mudah untuk membuat belian secara “online”, mudah untuk membuat “flight booking”, belian secara visa atau mastercard dan pelbagai perkhidmatan lain yang ternyata agak sukar jika dibayar secara tunai dan berbahaya jika melibatkan jumlah yang agak besar. Biarpun hutangnya mampu dibayar secara penuh dan disiplin pada setiap bulan, timbul juga keresahan jika jumlah tidak mampu dibayar secara penuh pada bulan tersebut kerana tidak senang untuk memberi bank membuat keuntungan atas kecuaian diri sendiri.

    Setelah dinasihati oleh Tuan Sham, Baru-baru ini saya mencari alternatif lain iaitu dengan menggunakan kad debit yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kad debit visa ini adalah sama dengan apa yang mampu ditawarkan oleh kad kredit. Boleh untuk mengisi minyak, belian secara “online” atau visa dan sebagainya. Perbezaannya adalah, perkhidmatannya hanya dapat digunakan jika ada isinya seperti “prepaid phone”. Sememangnya ini adalah konsep yang betul dimana “you can spend the money you possess”. Ternyata sudah tidak ada alasan bagi pengguna kad kredit untuk berhijrah untuk menggunakan kad debit kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah sama cumanya debit kad tidak akan memberikan kita peluang untuk berhutang. ;p

  • jai@jaigoku says:

    Salam semua rakan2,

    Kad debit memang bagus kerana ia tidak menjadikan kita berhutang, cuma pada saya adalah lebih baik buat 2 akaun. Akaun pertama adalah untuk simpanan biasa, dan yang ke-2 barulah kita menggunakan akaun penggunaan kad debit yang di ambil jumlahnya dari akaun yang pertama. Akaun pertama itu hendaklah kita agihkan pembayaran bil dan keperluan lainnya sebelum memasukkannya ke akaun kad debit tersebut.

    Kenapa saya syorkan begitu adalah kerana di takuti kita akan tetap berhutang apabila kita tidak beringat atau terlupa kerana terlebih menggunakan akan wang yang sepatutnya digunakan untuk keperluan lain yang sepatutnya dibayar dahulu. ๐Ÿ™‚

    http://www.h2jbiz.com/blog

  • elmaaniq says:

    Saya setuju dengan Tuan Jai, dan itulah yang saya amalkan.

  • faizalhassan says:

    Assalamualaikum Tuan Sham
    Saya sudah beberapa tahun hidup tanpa hutang.Nikmatnya tidak terhingga.Alhamdullillah.Hati pun sudah tawar untuk berhutang.kalau nak beli barangan pun,saya pastikan secara tunai.Kalau tak mampu, tak payah beli.Hidup terasa bebas dan tenang.Syukur padamu ya ALLAH.

Leave a Reply